26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024
UtamaGaya HidupMenu sarapan pagi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis, ikut petua ini dijamin...

Menu sarapan pagi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis, ikut petua ini dijamin sedap

Menu nasi lemak memang menjadi kegemaran ramai ketika sarapan pagi. Ramai yang makan nasi lemak dengan aneka sambal seperti sambal sotong, sambal kerang, ayam sambal, rendang, sambal paru dan lain-lain.

Tetapi yang wajib dan menjadi satu kemestian ialah apabila nasi lemak padu dan ringkas itu adalah dimakan bersama sambal ikan bilis, yang seseorang itu mesti pandai membuatnya. 

Gambar Hiasan / Pixabay

Ikuti perkongsian Chek Kuna Ahmad menerusi laman Facebook Koleksi Resepi FB seperti di bawah:

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili kisar
  • Ikan bilis
  • Minyak masak
  • Pes asam jawa
  • 2 biji bawang besar dipotong nipis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa / ajinomoto secukup rasa.
Facebook

Cara-cara memasak:

1. Sediakan kuali

2. Panaskan 2 senduk minyak masak.

3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.

Angkat dan toskan.

4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih dan bawang merah)

Masukkan 1 sudu garam. Garam ini petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang sudah garing. Warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.

5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ini masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.

6. Kacau rata. Masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak-budak tak suka makan bawang kan. Tapi bila buat macam ni tak nampak ada bawang. Biasa orang berniaga nak bagi nampak banyak sambal letak bawang besar ni banyak-banyak.

7. Perlahankan api. Kacau sambal sampai betul-betul garing. Proses ini ambil masa sikit. Bila sudah ramai orang bersin, bermakna sambal tu dah cukup garing.

8. Masukkan air panas atau suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat sikit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.

9. Kacau rata. Rasakan garam dan gula secukupnya. Tutup api. 

Sambal ikan bilis siap.

Nasi Lemak

Facebook

Bahan-bahan:

  • Beras
  • 1 biji kelapa parut (kisar – 2 kali perahan santan)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan
  • Hirisan halia atau serai (jika suka, tak payah letak pun tidak mengapa)
Facebook

Cara memasak:

1.Cuci beras bersih.

2.Masukkan santan mengikut sukatan beras yang hendak  dimasak. Sukatan air dan santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ada yang jenis kena lebih air. Ada jenis yang cepat lembik. Guna kaedah sukatan jari. Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah. Sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dalam beras bila sukat paras air)

3.Masukkan garam. Kacau rata.

4.Daun pandan dicuci. Carik-carikkan. Ikat.

5.Masukkan dalam periuk nasi.

6.Masak guna periuk nasi atau masak guna dapur gas. Jika guna periuk nasi kadang-kadang bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk dan kecilkan api. 

7.Masak sehingga nasi betul-betul masak.

Facebook

Nasi lemak siap dimasak, hidang macam biasa letak timun, telur rebus, kacang dan ikan bilis goreng ikut suka, juga jangan lupa terpaling penting sambal ikan bilis.

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI