Bagi mereka yang belum berkeluarga atau masih bujang, mungkin tidak menyedari tugas menjadi ibu bapa memerlukan ilmu keibubapaan wajib dipelajari, yang merupakan antara perkara paling sukar untuk dilakukan.
Salah satu perkara yang sukar itu ialah mewujudkan keseimbangan antara menjadi tegas dan berlembut mengikut waktu dan keadaan.
Ibu bapa boleh membenarkan anak-anak mempunyai kebebasan untuk mengekspresi diri mereka di samping perlu memastikan disiplin turut diterapkan dalam diri anak-anak supaya mereka tidak melakukan perkara keterlaluan serta memalukan.

Baru-baru ini menerusi ciapan seorang pengguna Twitter dikenali Syed, yang tiba-tiba menjadi tular apabila beliau berkongsi pendapat mengenai peranan ibu bapa yang tegas dalam kehidupan anak-anak.
“Dulu saya pernah benci mempunyai ibu bapa yang tegas ketika di sekolah menengah. Tetapi ketika melihat keruntuhan moral di sekeliling saya sekarang, saya bersyukur mempunyai ibu bapa yang tegas.”
Maka ramailah pengguna Twitter lain yang meninggalkan komen untuk berterima kasih!
Ciapan itu mendapat perhatian dengan lebih 34,000 warganet yang suka dan lebih 18,800 perkongsian.
Ia juga telah mencetuskan perdebatan mengenai sama ada mempunyai ibu bapa tegas adalah satu perkara baik atau bakal mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.
Kebanyakan warganet memberi komen betapa mereka bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang tegas :

“Kita semua pernah berada di peringkat membenci ibu bapa yang bertegas dengan kita. Hendak keluar lepak dengan kawan tak boleh. Tetapi bila sudah besar, rasa bersyukur sebab ada ibu bapa yang tegas. Ibu bapa tegas saya telah menghalang cinta monyet itu semua dan ‘dating’ ketika masih bersekolah.”
“Betul! Ibu bapa saya bersikap tegas sampai saya tingkatan 5. Ada perintah berkurung dan soal banyak nak keluar dengan siapa dan pakai baju apa. Hari ini bila dah dewasa, saya rindu masa itu. Saya masih ikut peraturan mereka dan selalu balik sebelum pukul 9 malam dan beritahu mereka saya pergi mana.”
“Sebenarnya mereka tunggu masa yang sesuai untuk kita, bila sudah boleh berfikir dengan baik untuk buat keputusan, itu sahaja..” tulis seorang pengguna memberi alasan mengapa ibu bapa perlu tegas.
Tetapi yang lain ada berdebat ia akan mengundang masalah:

Ada yang berkata ibu bapa tegas mesti ada had dan batasannya, kerana ibu bapa tegas tidak munasabah boleh menyebabkan anak-anak menghadapi masalah pada masa hadapan.
“Ibu bapa tegas tidak munasabah akan mempunyai hubungan kurang baik dengan anak-anak. Mereka tidak berkongsi perasaan secara terbuka dan tidak boleh duduk semeja untuk berbincang. Anak yang liar itu kebanyakannya membesar dalam rumah tangga yang pincang.”
“Terlalu tegas juga tidak baik. Saya mempunyai kawan yang ibu bapanya sangat tegas dan sentiasa marah-marah sehinggakan kawan itu menjadi sangat liar, terlebih penakut dan berasa tidak selamat. Sampai hari ini pun ada masalah rendah diri.”
“Terlalu berlembut pun tidak baik juga. Ibu bapa tegas yang boleh mendisiplin dan menunjukkan kasih sayang pada masa sama serta menyatakan sokongan mereka kepada anak-anak itulah yang terbaik,” tambah pengguna Twitter itu.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: