Baru-baru ini tular seorang polis hantar penghantar makanan ke lokasi pelanggan dan tindakannya itu dipuji orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @arifaimanahmad, dia dilihat meminta tolong seorang polis untuk menunjukkan arah lokasi pelanggan.
Selepas mengenalpasti lokasi, @arifaimanahmad mahu meneruskan perjalanannya namun polis tersebut menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke lokasi pelanggan.
Tanpa membuang masa, @arifaimanahmad terus mendapatkan polis tersebut dan pergi ke lokasi pelanggan bersama-sama dengan menaiki motosikal polis berkenaan.
Apabila sampai di lokasi yang dituju, @arifaimanahmad meletakkan makanan di atas meja dan kemudian bergerak pulang bersama-sama polis itu.
Di sepanjang perjalanan pulang, @arifaimanahmad berbual-bual dengan polis berkenaan.
Apabila sampai di tempat parkir motosikal, @arifaimanahmad mengucapkan terima kasih kepada polis itu kerana sudi membantunya.
Tindakan polis hantar penghantar makanan ke lokasi pelanggan itu dipuji orang ramai.
Menerusi ruang komen, rata-rata warga siber mengatakan kaum lelaki mudah mendapat kawan kerana mudah mesra.
Contohnya seperti kisah @arifaimanahmad dan polis ini.
Walaupun baru pertama kali berjumpa, gaya perbualan mereka seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.