32.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaBerita UtamaLetusan Gunung Ruang - MAS, AirAsia batalkan penerbangan

Letusan Gunung Ruang – MAS, AirAsia batalkan penerbangan

KUALA LUMPUR: Letusan Gunung Ruang, Indonesia menyebabkan MAS dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak.

BH Online

11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur yang dibatalkan oleh MAS adalah MH7420 (KUL-TWU), MH7421 (TWU-KUL), MH2612 (KUL-BKI), MH2621 (BKI-KUL), MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2610 (KUL-BKI), MH2611 (BKI-KUL), MH7404 (KUL-BKI), MH7405 (BKI-KUL) dan MH2613 (BKI-KUL).

“Lapang penerbangan Sarawak dan Kuala Lumpur yang dibatalkan adalah MH2520 (KUL-KCH), MH2513 (KCH-KUL), MH2542 (KUL-KCH), MH2543 (KCH-KUL), MH2574 (KUL-MYY), MH2742 (KUL-BTU) dan MH2473 (BTU-KUL).

“Memandangkan keadaan berubah-ubah, Malaysia Airlines akan terus memantau secara dekat sebarang perkembangan terkini.”

“Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemaskini dan dimaklumkan terus kepada penumpang yang terjejas,” Menurut MAS.

Malaysia Airlines sedang berusaha membantu penumpang yang terjejas akibat pembatalan kepada penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

“Penumpang diminta untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.”

“Keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines,” Katanya.

Sementara itu, AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan. Semua penumpang yang terjejas boleh menempah tarikh perjalanan baharu bagi laluan sama dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas tanpa kos tambahan, namun tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Menerusi berita lain, pada mulanya lebih 800 orang penduduk di Wilayah Sulawesi Utara dipindahkan susulan letusan Gunung Ruang.

Gunung berapi yang terletak di pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilyah Manado telah meletus sebanyak tiga kali sejak Selasa lalu.

Rakaman menunjukkan aliran lava merah mengalir meneruni gunung dan ia dipantulkan di permukaan air serta asap kelabu berkepul di atas kawahnya.

Menurut seorang pegawai Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia (PVMBG), Heruningtyas Desi Purnamasari, pihak berkuasa telah mempertingkatkan tahap amaran ke tahap kedua tertinggi berikutan peningkatan aktiviti.

Keadaan gunung menjadi bahaya kerana mengeluarkan asap panas setinggi 1.8 kilometer susulan letusan gunung berapi tersebut.

Memandangkan gunung Ruang masih mengeluarkan asap pada pagi Khamis, pihak berkuasa terpaksa menutup lapangan terbang antarabangsa terdekat selama 24 jam.

Pihak berkuasa juga dilaporkan bergegas untuk memindahkan 11,000 orang penduduk dari kawasan berhampiran termasuk pulau terpencil Tagulandang yang menempatkan kira-kira 20,000 orang penduduk.

Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, kawasan aktiviti seismik tinggi yang terletak di atas beberapa plat tektonik.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI