Jika anda sedang mencari tempat paling bahagia serta menyeronokkan untuk dikunjungi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedia membantu.
Dua daerah di Kelantan iaitu Kuala Krai dan Gua Musang telah dinobatkan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia, demikian yang dikongsi oleh Menteri Besar Kelantan di platform X.
“Penjagaan alam sekitar, pengurusan sisa pepejal serta kutipan sampah yang berkesan dan teratur adalah antara faktor penyumbang utama untuk dua daerah ini menjadi antara 10 tempat paling gembira di Malaysia.”
Indeks jenayah yang rendah turut menyumbang kepada faktor “bandar paling bahagia” di Kuala Krai dan Gua Musang.
Ini bukan kali pertama daerah di Kelantan itu dinobatkan sebagai antara bandar paling bahagia di Malaysia. Pada tahun 2019, Jeli turut diiktiraf antara bandar paling bahagia dan gembira di Malaysia, bersama Taiping dan Seremban.
Selain Gua Musang dan Kuala Krai di Kelantan, Klang di Selangor dan Kuantan di Pahang turut diiktiraf sebagai bandar raya paling bahagia di Malaysia.
Selain itu, Kulai (Johor), Rompin (Johor) dan Alor Gajah (Melaka) juga telah didaftarkan sebagai 10 bandar paling bahagia di Malaysia.
Indeks kebahagiaan adalah ukuran umum tahap kesejahteraan penduduk termasuk aspek kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.
Pada 2023, bandar Bentong di Pahang serta negeri Melaka, Terengganu dan Kelantan telah diiktiraf sebagai tempat paling bahagia di Malaysia, menurut PLANMalaysia.