26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024
UtamaGaya HidupSekawan kucing berkumpul dalam piring Starlink sebagai pemanas badan undang tawa ramai

Sekawan kucing berkumpul dalam piring Starlink sebagai pemanas badan undang tawa ramai

Starlink dicipta oleh syarikat SpaceX dimiliki Elon Musk untuk menjadikan capaian internet lebih mudah diakses dan mampu dimiliki semua terutama mereka yang berada di kawasan terpencil dan pedalaman.

Kini Starlink telah mendapati dirinya turut menyediakan perkhidmatan tambahan yang tidak diingini, iaitu bagi tujuan memanaskan punggung para kucing.

@Tippen22/X

Pelanggan Starlink dari Kanada, Aaron Taylor dalam satu ciapan di X memuat naik satu gambar yang memaparkan lima ekor kucing sedang seronok berkumpul di dalam piring satelit Starlink di rumahnya dan keletah mereka itu didapati amat melucukan.

“Starlink berfungsi hebat sehinggakan kucing turut mengetahui piring itu membebaskan sedikit haba ketika musim sejuk,” kata Aaron.

Piring satelit Starlink dilengkapi dengan ciri “memanaskan diri” untuk membantu mengelakkan salji daripada terkumpul di dalamnya, lapor The Guardian

@Tippen22/X

Dan walaupun itu berita baik untuk mereka di kawasan beriklim sejuk dan bersalji yang ingin memastikan capaian internet mereka berjalan lancar, kucing yang berada di luar turut menghargai ciri ini sebagai satu kaedah dalam memastikan diri mereka kekal hangat.

Dalam ciapan seterusnya, Aaron menjelaskan kucing dalam gambar itu sebenarnya mempunyai rumah kucing yang bagus dan hangat serta banyak lagi tempat berlindung daripada kesejukan, tetapi, entah mengapa kucing-kucing ini tetap mahu melakukan apa yang mereka mahu, iaitu suka berada di luar rumah ketika siang hari untuk berseronok-seronok.

Pemuda itu juga mengeluh, oleh kerana kucing-kucing ini suka melepak di dalam piring Starlink untuk memanaskan badan, jadi mereka sebenarnya telah memperlahankan kelajuan internetnya, menjadikan penstriman filem agak sukar.

Aaron berkata dia telah membuat keputusan untuk mencari lokasi yang lebih tinggi bagi meletakkan piring Starlink itu, dalam usaha untuk menjadikannya kurang menarik daripada capaian kucing.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI