Dalam banyak-banyak idea memberi kejutan hadiah hari jadi, seorang suami telah menjadi lain daripada yang lain apabila menunjukkan idea yang sangat inovatif mengatasi semua kejutan kepada isterinya.
Pengguna TikTok Nurul Izzati @zatyadam baru-baru ini berkongsi gambar hadiah yang dihadiahkan oleh suaminya sempena hari lahirnya.
Kreatif tidak terkata, suami Izzati membuat buku kecil kupon tersuai dengan baucar yang boleh digunakan isterinya sepanjang tahun hadapan berkait rapat kesemuanya dengan hubungan mereka.
Comel dengan baucar berwarna ungu dan mempunyai jangka masa yang ditetapkan untuk dia boleh menggunakan pada setiap bahagian.
Daripada kupon urutan yang memerlukan suaminya menggosok kaki selama 30 minit hingga makan malam diterangi lilin untuk satu malam sahaja, terdapat juga kupon ‘staycation’ dengan jangka masa untuk beberapa hari.
Satu kupon khusus untuk berehat dan bersantai yang melarang Izzati daripada melakukan sebarang kerja di rumah selama 24 jam, manakala satu lagi kupon menyatakan suami Izzati perlu melipat semua kain cucian dan menyusunnya dengan kemas juga.
Setiap kupon juga disertakan dengan klausa di bahagian bawah, yang menyatakan bahawa semua baucar tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan orang lain.
Menerima pujian hebat dalam talian, ramai yang memuji suami Izzati kerana mencari hadiah unik untuk diberikan kepada isterinya pada hari lahirnya, bukan sahaja menunjukkan kreativiti tetapi juga sebagai pertimbangan dan pengiktirafan terhadap kerja keras yang kerap dilakukannya di rumah.
Ketika ada pengguna TikTok yang bertanya kepada Izzati di mana suaminya membeli hadiah itu, dia kemudiannya mendedahkan yang suaminya telah membuat keseluruhan buku kecil itu sendiri, satu-satunya hadiah lain daripada yang lain untuk isterinya.
Sampai ada yang mencadangkan supaya suami Izzati patut memulakan perniagaan sendiri dengan mencipta buku kecil ini.
Seorang pengguna juga menyatakan bagaimana dia juga mahukan satu buku kecil kupon itu untuk suaminya, kerana suaminya itu sentiasa tidak masa untuk dirinya sendiri, manakala seorang lagi menambah dia menerima sesuatu yang serupa daripada anaknya yang berusia sembilan tahun semasa hari jadinya sebelum ini.
“Kalau untuk suami ada? Sebab saya rasa suami saya kena ada ‘me time’. Suruh dia pergi lepak dengan kawan-kawan, dia tidak mahu. Mungkin cara ini akan lebih berkesan dan dia akan mula rehat,” tambah seorang pengguna.
Seorang lagi pengguna juga secara berseloroh menambah dia sangat teruja melihat kupon itu walaupun diri sendiri masih membujang.
Tonton video Nurul Izzati@zatyadam di sini.