25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024
UtamaInspirasiPesara tentera besar hati tawar khidmat gunting rambut murah RM3 untuk pelajar...

Pesara tentera besar hati tawar khidmat gunting rambut murah RM3 untuk pelajar sekolah

Seorang pesara tentera dari Taman Desa Aman, Sungai Lalang, Sungai Petani berbesar hati menawarkan harga gunting rambut budak sekolah dengan hanya RM3 seorang.

Pesara tentera Razali Kamis, 61, menjelaskan kepada Sinar Harian, harga gunting rambut untuk pelajar sekolah menengah ditawarkan dengan hanya RM4 seorang manakala dewasa hanya RM5 seorang.

Berpengalaman lebih 40 tahun menggunting rambut pelanggan, beliau menjelaskan, keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat selain membantu keluarga yang mempunyai anak ramai, adalah keutamaan.

Gambar Sinar Harian

“Gunting rambut bukan nak kaya tetapi nak bantu masyarakat…saya dah ada pencen, cukuplah, Alhamdulillah.

“Kalau anak lima orang nak pi kedai lain potong rambut, dah berapa duit dah, termasuk ayah, dah enam orang, taklah saya ambil tinggi (mahal) sangat,” jelasnya.

Razali menawarkan khidmat secara percuma kepada anak yatim.

Bercerita lanjut, bapa kepada enam anak ini mengakui akan melayani anak yatim yang datang ke kedainya, selain perkhidmatan itu diberikan secara percuma.

“Saya ikhlas, mai saja sesiapa pun saya kenakan RM5 (dewasa), anak yatim percuma…tapi untuk budak sekolah saya kena ikut potongan cara budak sekolah,” jelas beliau yang membuka kedai di Surau Al-Firdaus Taman Desa Aman sejak 2005.

Razali berkata, terdapat sesetengah individu yang meluahkan pendapat bahawa harga yang ditetapkan tidak masuk akal namun menjelaskan, “Dulu pernah buka kedai gunting rambut dengan kawan-kawan pada tahun 80-an di Sungai Besi yang menawarkan harga bermula RM2.50 sebelum naik kepada RM3 seorang.

“Semasa dalam perkhidmatan juga saya ambil upah gunting rambut anggota memandangkan sukar untuk keluar mendapatkan kedai gunting rambut ketika itu tambahan pula jenis potongan rambut tentera ini agak berbeza dari orang awam,” katanya.

Gambar Sinar Harian

Selepas tamat perkhidmatan dan berpencen pada 2001, Razali ditawarkan kontrak gunting rambut di kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani sehingga tahun 2022, sebelum menumpukan sepenuh perhatian di kedai miliknya.

“Harga saya kekal sejak 20 tahun lalu, cuma tahun lepas ada yang minta naikkan seringgit jadilah RM5 (dewasa).

“Sehingga kini, masih terdapat kawan-kawan bekas tentera yang mai potong rambut di sini sebab dah selesa,” katanya.

Kemurahan hati Razali bagaimanapun disokong sepenuhnya oleh isteri, Marhaini Shawal, 55, yang mengakui inisiatif itu adalah salah satu daripada cara untuk membantu lebih ramai orang.

“Apa yang dilakukan suami bukanlah beban malah sokong 100 peratus, nak letak harga mahal, bimbang andai ada yang kurang berkemampuan,” katanya.

Gambar Sinar Harian

Sementara itu, rata-rata pelanggan berpuas hati dan berkata harga murah

Pelajar tahfiz, Syakir Hanif Mohd Syamsul, 16, berkata, setiap kali mahu potong rambut akan mendapatkan khidmat Razali di kedainya.

Selain kekemasan, harga murah yang ditawarkan jarang diperolehi di kedai gunting rambut lain membolehkan ramai pelajar sekolah mendapatkan khidmatnya.

Selain itu, Adam Hakimi Syukri, 11, berkata, perkhidmatan potong rambut bekas tentera itu sesuai untuk murid sekolah kerana hanya mengenakan bayaran RM3.

“Murah! Tempat lain mahal,” katanya.

Gambar Sinar Harian

Mengakui kebenaran itu, seorang penduduk tempatan, Mohd Salleh Abdul Lateh, 70, berkata, perkhidmatan potong rambut Razali mendapat perhatian ramai memandangkan harga rendah yang ditawarkan.

“Dia buat kerja fi-sabilillah, setuju sangat dengan harga, semua pelanggan mai, tak kira tengah hujan pun ada orang, kadang-kadang tak buka lagi pun orang dah siap tunggu,” ujarnya.

Kedai milik Razali yang terletak dekat Surau Al-Firdaus itu dibuka Ahad hingga Khamis namun akan ditutup sementara pada waktu solat.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI