31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaBerita UtamaUSM, SpaceIn lancar satelit piko pertama Malaysia

USM, SpaceIn lancar satelit piko pertama Malaysia

NIBONG TEBAL: Universiti Sains Malaysia (USM) dan Spaceln Sdn. Bhd. melancarkan satelit piko pertama Malaysia dikenali SpaceANT-D.

Facebook

Pelancaran sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan pada 12 November 2023 itu menggunakan roket Falcon 9 milik Space X dari Vandenberg Space Force Base, California, Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Spaceln Sdh. Bhd. Dr. Norilmi Amilia Ismail, berkata SpaceANT-D akan dilepaskan daripada ‘deployer’ (pengerahan) ‘Alba Orbital’ dalam masa tujuh ke 10 hari lagi sebelum isyarat pertama satelit dihantar ke stesen bumi.

“SpaceANT-D berukuran 5x5x5 sentimeter (cm) dan berat kurang daripada 250 gram (g) ini akan mendemonstrasikan misi penstoran dan penghantaran data untuk aplikasi loT yang dinamakan ‘Space Advance Network Technology (SpaceANT).

USM

Satelit ini akan menerima data daripada sensor di bumi dan kemudiannya data ini dihantar semula ke stesen bumi dengan menggunakan ‘cloud’ untuk memudahkan pengambilan data oleh pengguna,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

SpaceANT dibangunkan serta dibiayai oleh geran yang dimenangi oleh SpaceIn dan syarikat ini merupakan penerima dana daripada CRADLE untuk pembangunan pusat data satelit di USM.

“Pelancaran satelit ini juga menunjukkan komitmen USM dan Spaceln untuk membangunkan bakat tempatan, disamping menggalakkan inovasi dan memajukan industri angkasa di Malaysia.

USM Gambar: Dr. Norilmi Amilia Ismail

“Spaceln bercita-cita untuk memimpin aktiviti penjelajahan angkasa di Malaysia.

“Pengurangan kos melalui penggunaan satelit kecil akaan memberi lebih banyak peluang kepada semua untuk menggunakan teknologi angkasa bagi menyelesaikan pelbagai masalah industri dan kehidupan,” katanya.

“Antara industri yang sedang menjadi tumpuan SpaceIn pada ketika ini adalam penggunaan satelit SpaceANT ini adalah industri pertanian, perhutanan serta industri minyak dan gas,” tambah Dr. Norilmi.

Facebook

SpaceIn merupakan salah satu pemenang program akselerator SUPERB yang ditawarkan oleh TERAJU, sebuah agensi tindakan afirmatif Bumiputera yang strategik yang ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Katanya lagi, misi itu adalah hasil usaha bersama antara USM dan Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) dan menjadi tanda aras kepada pencapaian penting dalam usaha negara untuk mencapai Malaysia Space Exploration 2030.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI