33.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGlobalPisau gigi jerung berusia 7,000 tahun ditemui di Indonesia

Pisau gigi jerung berusia 7,000 tahun ditemui di Indonesia

Dua batang gigi jerung yang dibentukkan menjadi pisau dan dianggarkan berusia sekitar 7,000 tahun ditemui di Indonesia dalam satu penggalian. Penggalian tersebut dijalankan di pulau Sulawesi, Indonesia oleh ahli arkeologi Indonesia dan Australia.

theconversation. Goresan dihujung gigi jerung Leang Panninge menunjukkan pisau ini telah digunakan oleh manusia 7,000 tahun yang lalu.

Memandangkan terdapat beberapa bukti awal yang menunjukkan gigi jerung digunakan sebagai senjata komposit di seluruh dunia, maka penemuan ini sangat penting. Sehingga kini, bilah gigi jerung tertua yang pernah dijumpai adalah berusia kurang dari 5,000 tahun.

Merujuk kepada budaya Toalean, bilah-bilah gigi jerung ini digunakan dalam ritual dan peperangan dari era sebelum petani Neolitik tiba di Indonesia.

Senjata-senjata ini, seperti yang tercatat dalam jurnal Antiquity, bukan sekadar lebih tua tetapi lebih canggih berbanding bilah-bilah gigi jerung yang lain yang ditemui sebelumnya, yang mana sekurang-kurangnya berusia 2,000 tahun lebih muda.

Menggunakan satu gabungan analisis saintifik, eksperimen yang masih diuji, dan tanggapan daripada masyarakat manusia moden, saintis Australia dan Indonesia menyimpulkan bahawa gigi-gigi ini telah dipasangkan pada hulu, kemudian menukarnya menjadi bilah. Kebanyakan bilah ini digunakan semasa ritual atau pertempuran.

Kedua-dua artifak gigi jerung tersebut dikaitkan dengan budaya Toalean, sebuah kumpulan yang bermastautin di barat daya Sulawesi selama beberapa ribu tahun (lebih kurang 8,000 tahun yang lalu). Pengumpul-pemburu yang penuh misteri ini bermastautin di pulau tersebut sebelum petani Neolitik dari tanah besar Asia (“Austronesians”) berkembang ke Indonesia sekitar 3,500 tahun yang lalu.

Arkeonews. Gigi jerung harimau yang berusia 7,000 tahun yang diubah suai itu ditemui di kepulauan Sulawesi, Indonesia. Gambar: M.C. Langley.

Gigi tersebut dianggarkan dua meter panjang dan jelas berlubang. Pemeriksaan selanjutnya mendedahkan bahawa gigi-gigi tersebut dipasang pada hulu dengan penggabungan bahan mineral, tumbuhan, dan haiwan, termasuklah benang berasaskan tumbuhan.

Kaedah pemasangan ini sama dengan bilah gigi jerung kontemporari yang ditemukan dalam pelbagai budaya Pasifik.

Pemeriksaan ke atas sisi setiap gigi mendapati gigi-gigi tersebut telah digunakan untuk menusuk, memotong dan mengikis daging dan tulang. Walau bagaimanapun, lebih banyak kerosakan daripada ikan jerung secara semula jadi terjadi semasa makan.

Walaupun terdapat segilintir pendapat yang mengatakan orang Toalean telah menggunakan pisau gigi jerung sebagai alatan memotong harian, ethnographic (pemerhatian masyarakat terkini), data kajian purba dan eksperimen yang masih dijalankan menunjukkan sebaliknya.

Mungkin nampak agak pelik untuk memilih gigi jerung sebagai senjata. Tetapi memandangkan teknologi yang tersedia ketika itu hanyalah Neolitik, manusia terpaksa menggunakan apa sahaja yang mereka ada. Mereka tidak mula menggunakan alatan logam sehingga mereka berhubung dengan orang Eropah pada kurun ke-17 dan 18.

Antiquity. Contoh pisau gigi jerung dari Pulau Aua, Papua New Guinea (Muzium Antropologi Universiti Queensland No. 1383). Anak panah merah menunjukkan gigi jerung yang telah terhakis akibat penggunaannya.

Namun begitu, pisau gigi jerung masih berguna. Potongan dalam masih boleh dibuat dengan bilah tersebut. Walau bagaimanapun, ketajamannya memiliki kelemahan kerana bilah tersebut mudah tumpul, sehingga kurang berguna untuk tugasan biasa. Namun, kemampuannya untuk menyebabkan luka parah mungkin telah mengehadkan penggunaannya hanya untuk tujuan khas atau konflik bukannya digunakan sebagai pisau dapur.

theconversation. Di Pasifik, gigi jerung digunakan secara meluas sebagai senjata tempur atau alat ritual berkuasa. Kiri: sebilah pisau dari Kiribati, Tengah dan Kanan: senjata dari Hawai. Trustees of the British Museum, CC BY-NC-SA

Masyarakat di seluruh dunia, dari Kiribati hingga Hawai, telah memasukkan gigi jerung dalam budaya mereka, terutama mereka yang tinggal di sepanjang perairan pantai yang terkenal sebagai tempat pemburuan jerung. Gigi-gigi jerung ini telah dijadikan sebagai senjata, objek ritual, dan juga alatan untuk mengukir tatu. Kepelbagaian cara penggunaan gigi-gigi ini menunjukkan sanjungan dan rasa hormat masyarakat terhadap pemangsa lautan ini.

Untuk makluman anda, penyelidikan ini disahkan oleh Kementerian Penyelidikan dan Teknologi Negeri (RISTEK) dan dilakukan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Indonesia, BRIN (dahulunya Pusat Penelitian Arkeologi Nasional (ARKENAS)).

Antiquity
Antiquity. Kawasan penggalian di Leang Panninge. Gambar a) Gua Leang Panninge; b) pintu masuk gua di Leang Bulu’ Sipong 1, c) profil stratigrafi, Leang Panninge (2019); d-e) profil stratigrafi, Leang Bulu ’ Sipong 1 (2018); f) Titik maros digali dari Leang Bulu ’ Sipong 1 (Square T9S1) di atas lapisan yang berkaitan dengan Toalean yang menghasilkan gigi jerung (bar skala adalah 10mm) (gambar dan penyusunan gambar oleh Y. Perston).

Ahli arkeologi Indonesia dan pelajar yang terlibat dalam kerja lapangan termasuklah F.N. Shalawat, A.A. Qalam, K.M. Prayoga, M. Sura, A. Belzoni, Isbahuddin, K.A. Anshari, Nur Ishan D., M.M. Taufik, M.A. Oka, Suryatman dan A.M. Saiful. Pelajar kedoktoran Australia Y.Perston dan K.Newman juga turut serta. Manakala pembantu lapangan tempatan pula ialah Irwan, Amar dan Hardin. A.Crowther dibantu oleh R. Wood. Gambar diambil oelh M. Langley kecuali dinyatakan sebaliknya.

Penggalian di Leang Panninge dan Leang Bulu’ Sipong 1 ini telah dibiayai oleh Australian Research Council Future Fellowship, bersama dengan sokongan kewangan dari Universiti Griffith.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI