29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024
UtamaBerita UtamaPertandingan Koir Dunia 2023 angkat kelab koir dari Sabah

Pertandingan Koir Dunia 2023 angkat kelab koir dari Sabah

Keharmonian kelab koir dari Sabah yang melantunkan lagu rakyat Tambunan, ‘Sonsomido’ dalam Pertandingan Koir Dunia 2023 memukau dunia. Kelab koir bernama The Male-Efficient yang dianggotai 37 orang lelaki ini telah ditubuhkan sejak tahun 2015.

Interkultur

Pada awal Julai lalu, The Male-Efficient telah menyertai Pertandingan Koir Dunia ke-12 yang diadakan di Korea Selatan iaitu pada 3 Julai hingga 13 Julai 2023. Ketika itu, mereka mempertaruhkan tujuh buah lagu iaitu empat lagu bagi kategori Male Choirs dan tiga buah lagu bagi kategori Folklore A Cappella.

Facebook.
Facebook. Empat buah lagu yang dipertaruhkan menerusi kategori 012 Male Choirs pada 4 Julai 2023.
Facebook. Tiga buah lagu yang dipertaruhkan menerusi kategori 026 Folklore pada 6 Julai 2023.

Kerja keras mereka selama empat tahun akhirnya membuahkan hasil apabila dua pingat emas menjadi milik mereka menerusi kategori Male Choirs dan Folklore A Cappella.

Facebook

Selepas merangkul kejayaan tersebut, The Male-Efficient menduduki tempat ke-30 dunia dalam kategori Male Choir. Rekod tersebut adalah berdasarkan INTERKULTUR WORLD RANKINGS pada Julai 2023.

Facebook. Selain The Male-Efficient, koir Malaysia yang turut tersenarai dalam 50 teratas adalah Institut Seni Malaysia yang berada di kedudukan ke-18 dunia.

Rakaman video persembahan mereka telah dimuat naik menerusi Facebook rasmi World Choir Games pada 26 Oktober lalu. Anda boleh saksikan sendiri kehebatan mereka mempersembahkan lagu rakyat Tambunan, Sabah ‘Sonsomido’ yang cukup bertenaga.

Facebook.

Untuk makluman anda, selepas ini The Male-Efficient akan menyertai Pertandingan Koir Dunia 2024 yang akan berlangsung di Auckland, New Zealand.

Pertandingan tersebut akan bermula dari 10 Julai hingga 20 Julai 2024. Pendaftaran untuk pertandingan terhebat siri ke-13 ini masih dibuka sehingga 6 Disember 2023. Semua koir bukan profesional dunia dijemput untuk turut serta dalam pertandingan ini.

Interkultur.

Pertandingan peringkat dunia ini menawarkan syarat persaingan yang adil dan realistik bukan sahaja kepada kumpulan koir yang berpengalaman di peringkat antarabangsa bahkan mereka yang kurang pengalaman juga akan diadili dengan adil dan saksama.

Bagi koir dengan pengalaman kompetitif antarabangsa dan / atau mempunyai kelayakan yang setanding, mereka boleh menyertai The Champions Competition. Manakala yang lain pula (tanpa mengira tahap pencapaian), mereka boleh menyertai The Open Competition.

Para peserta boleh memilih mana-mana daripada 28 buah kategori berbeza yang ditawarkan bagi setiap pertandingan seperti Koir Kanak-kanak, Koir Lelaki, Koir Wanita, Koir Remaja, Koir Campuran, Pop Koir, Pop dengan Koreografi dan lain-lain. Oleh yang demikian, setiap koir berpeluang untuk menunjukkan bakat masing-masing mengikut tahap yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Namun begitu, tahukah anda bahawa bukan semua koir datang untuk bertanding? Itulah kenyataannya kerana ada yang datang hanya untuk menjadi tetamu, iaitu tetamu yang berilmu dan menariknya mereka diraikan. Koir ini boleh menyertai penilaian tidak kompetitif.

Menerusi penilaian tidak kompetitif, koir akan menyanyikan tiga buah lagu dengan masa maksimum setiap persembahan ialah 15 minit. Persembahan mereka akan dinilai oleh panel pakar antarabangsa dan hasil dapatan akan dibincangkan bersama secara terbuka dan mesra. Susulan itu, latihan dan cadangan prestasi juga akan diberikan untuk penyertaan masa depan koir dalam pertandingan antarabangsa. Pada akhir program, koir akan menerima sijil penyertaan rasmi.

Interkultur. Tempat di mana akan berlangsungnya Pertandingan Koir Dunia 2024.

Selain itu, semua peserta sama ada mengambil bahagian dalam pertandingan atau tidak, diberi peluang untuk menyertai sesi bersama pengarah koir antarabangsa yang terkenal. Koir yang berminat memanfaatkan peluang ini perlu menyiapkan satu karya muzik paduan suara terlebih dahulu. Kemudian, seorang pakar muzik paduan suara terkenal antarabangsa akan melatih dan memberikan idea serta dorongan seni baharu kepada koir tersebut. Bagi koir yang tidak bertanding, mereka akan diberikan sijil dan cadangan untuk penyertaan mereka di masa depan dalam pertandingan paduan suara antarabangsa.

Pertandingan Koir Dunia juga menawarkan bengkel, seminar dan sesi latihan terbuka. Semasa bengkel ini, koir, konduktor, dan individu akan diperkenalkan kepada sastera paduan suara antarabangsa, gaya nyanyian dan amalan persembahan. Dengan adanya peluang seperti bergaul dengan penyanyi lain, belajar daripada pemimpin bengkel, dan membuat persembahan dalam persekitaran kreatif sedikit sebanyak membuka mata dan telinga peserta kepada pandangan paduan suara baharu.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini, layari laman web rasmi www.wcg2024.com. Jika anda berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara hebat ini.

Kepada The Male-Efficient, terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Syabas diucapkan atas kejayaan lalu dan selamat maju jaya untuk pertandingan yang akan datang!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI