Siapa yang ada anak kecil pasti sudah tahu mereka ini memang enggan duduk diam bila tiba masanya perlu dibawa untuk menggunting rambut.
Banyaklah kerenah seperti si kecil menangis kerana tidak mahu kepala mereka dipegang, ada juga yang berasa geli sehingga tidak mahu memberikan kerjasama supaya rambut mereka dapat digunting.
Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi cara menggunting sendiri (DIY) rambut si anak semasa dia sedang nyenyak tidur telah mencuit hati ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @nramalinasharif, kelihatan budak lelaki sedang tidur dengan nyenyak.
Amat mencuit hati apabila ibunya melekatkan pita pelekat di atas dahinya supaya melekat pada rambut si kecil yang ingin digunting.
Lena sungguh dia dan tidak terjaga langsung sepanjang ibunya menggunting rambut sehingga nampak cantik dan kemas kejadiannya.
“Kalau potong time dia jaga memang tak duduk diam habis senget benget nanti. Sebab tu kena tunggu tidur,” katanya.
Rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur melihat cara ibu bijak ini menggunting rambut anaknya:
“Hahaha. Bijak mama dia.”
“Alahai, comelnya anak dia..”
“Comelnya, bulu mata mahal ya..”
Ada juga yang berkongsi cara itu tidak menjadi kepada anak mereka kerana si kecil mudah terbangun.
“Tak menjadi untuk anak saya, mudah terjaga jika tersentuh..”
“Anak saya tidur pun dia boleh tahu orang nak buat apa kat dia..”