Aktiviti mendaki kini agak popular di kalangan generasi muda dan golongan pertengahan usia.
Kebiasaannya, ramai yang akan beriadah melakukan pendakian secara berkumpulan. Untuk melakukan aktiviti ini, seseorang itu perlu sihat, bertenaga dan memiliki cukup stamina untuk mendaki.

Baru-baru ini, tular dalam satu ciapan di Twitter X yang memaparkan seorang wanita berkongsi telah menguap banyak kali semasa mendaki dan ia telah menarik perhatian.
Katanya, apabila seseorang telah menguap berkali-kali ketika mendaki, itu tandanya dia mengalami kekurangan oksigen.

Menerusi perkongsian berkenaan, wanita itu berkongsi tangkap layar mengenai pengalaman orang lain menguap banyak kali semasa mendaki.
Rupa-rupanya, banyak kali menguap semasa mendaki atau memandu tanda seseorang itu kurang oksigen.

Wanita itu menasihatkan supaya anda yang terlibat dengan banyak menguap perlu berhenti berehat dan minum air sebelum meneruskan perjalanan.
Semoga info yang diberikan bermanfaat.