Malang tidak berbau, begitulah nasib yang menimpa seorang ibu muda yang mengalami kecederaan apabila melecur hampir 7 peratus di bahagian anggota badan akibat hos atau saluran gas yang bocor.
Kakak mangsa berkongsi kejadian malang berkenaan menerusi hantarannya di Facebook dan memohon doa orang ramai agar adiknya yang hamil 7 bulan untuk segera sembuh.
Sambil menasihatkan kepada semua agar lebih berhati-hati untuk menjaga keselamatan serta memastikan tidak lupa untuk memeriksa tong gas LPG di rumah masing-masing sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Doakan adik kami Hatikah Zainoddin kuat dalam menempuhi tempoh penyembuhan luka dari kesan terbakar..adik sis ni mengandung 7 bulan..doktor cakap..dia seorang yang kuat..kesan terbakar pada tangan dan kaki dia 7%..dengan ubat tahan sakit tak boleh makan..hanya boleh makan panadol sahaja..bisa pedih jangan cakap..sis dengan dia dari awal ..dari dia masuk red zone sampai sekarang..tadi baru dressing kali ke-2..kulit mati dan gelembung-gelembung semua doktor dah buang..dari hitam jadi pink..betapa pedih tengok..sis sendiri tak kuat nak tengok.
“Punca kejadian…hos gas bocor… mungkin tak perasan (lepas ni kena rajin check kalau boleh tong gas letak luar lagi elok)…benda nak jadi…gas pulak dalam kabinet..sebab tu penah dengar bomba bagi tahu…bahayanya gas dalam kabinet sebab pengudaraan terhad.
“Masa kejadian dia nak rebus ayam bagi anak-anak bulus makan.. ada perasan api kecil..dia kuatkan..sekali tengah nak kuatkan..api sambar dari bawah …pintu kabinet pun sampai terbuka…lengan sampai siku..paha sampai bawah..rambut habis terbakar…memang masa awal-awal bawa dia ke kecemasan kesian sangat..dengan bawa perut… tak pernah lagi terjadi dalam family… Alhamdulillah Allah lindung lagi dia suami isteri..suaminya tak teruk sangat macam dia.
“Sekarang ni dia tengah trauma nak balik rumah sendiri.. tak nak…duduk la rumah adik nombor dua..Sebelum ni kalau kakak-kakak nak makan apa-apa dia masakan..anak-anak buah minta je nak makan apa..dia buatkan..lepas ni entah bila la dia nak masak lagi… takpelah..janji sihat…doktor dan misi semua cakap dia kuat..semua kesian..sebab dia tengah sarat…doakan dia kuat yer.. Ujian kita berbeza-beza..”
Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.
Berikut adalah panduan keselamatan silinder gas di dapur yang disyorkan Petronas:
- Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
- Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
- Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
- Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
- Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
- Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
- Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Apa yang perlu dan tidak perlu anda dilakukan:
- Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.
- Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
- Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
- Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
- Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
- Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
- Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
- Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Cara mengesan kebocoran gas:
- Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
- Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
- Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
- Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika kelihatan buih sabun pada tempat bocor berkenaan.