Ada pelbagai cara makan roti untuk menikmati keenakan rasa roti itu.
Contohnya yang ditunjukkan oleh murid perempuan sekolah rendah ini, yang bermula dengan memakan semua kulit roti dan kemudian terakhir barulah memakan intinya yang menyelerakan.

Tular dalam paparan sebuah video TikTok yang dikongsi oleh @azwakiyotbeyo yang memerhatikan seorang budak perempuan memakan roti Gardenia berkrim perisa jagung dengan cara tersendiri.
Gelagatnya tanpa disedari telah mencuri tumpuan.
Dia memakan roti krim berperisa semacam memakan jagung sebenar, dan caranya itu membuat kita semua terasa lapar dan teringin untuk memakan roti krim sepertinya.

Kelihatan budak perempuan itu duduk dalam perhimpunan di sekolahnya sambil menikmati roti jagung yang dibekalkan kepadanya.
Dia memakan roti Gardenia perisa jagung dengan cara yang unik, yang kelihatan seolah-olah sedang memakan jagung sebenar.
Mungkin dia membayangkan roti itu seperti jagung, memegang roti seperti memegang tongkol jagung dan menikmatinya dengan cara yang menyelerakan.

Maka ramailah netizen yang terhibur dengan gelagat budak perempuan itu, dan meninggalkan komen lucu mereka.
“Effort ko makan roti jagung A+ dik”
“Ye tahu tu roti jagung, tapi janganlah makan macam jagung..”
“Sama dik sama, roti jagung kita buat macam makan jagung, maju..”
“Sumpah saya pun makan roti macam tu sebab puas, last-last baru makan inti dia..”
“Sedaplah wehh makan macam tu.. Dia macam puas hati selera sebab akhir sekali kita dapat makan semua inti dia..”
“Adik ni unlock cara makan roti jagung yang betul..”

Video TikTok itu terus tular dengan meraih lebih 3.8 juta tontonan yang rata-rata netizen menyatakan mereka berasa terhibur melihat gelagat adik comel itu.
Bolehlah kalau hendak cuba cara makan roti jagung macam ini, memang berselera ada rasa jagung sebenar.