Biasa sebagai ibu bapa, anak-anak tahu diri disayangi bila mereka dipeluk cium dan selalu menerima ucapan kata-kata menandakan kasih sayang.
Bezanya, anak-anak lebih spontan mendapatkan ibu untuk menyatakan kasih sayang mereka, tetapi buat seorang bapa, mereka lebih selesa mengekspresikan kasih sayang secara diam-diam.

Itulah yang dapat kita saksikan menerusi sebuah video tular hasil perkongsian di Twitter.
Video tersebut pada mulanya memaparkan sepasang suami isteri memberikan kejutan hadiah hari lahir kepada anak perempuan mereka.
Kelihatan anak perempuan itu yang baru pulang dari sekolah berasa pelik kerana ibunya tiba-tiba merakamkan momen tersebut, lalu terkejut apabila melihat sebuah basikal baru di dalam biliknya.

Pada mulanya, anak ini menyangka ibunya yang membelikan basikal tersebut namun selepas mendapat tahu ianya dibelikan oleh bapanya, dia terus berlari ke arah bapa itu untuk mengucapkan terima kasih.
“Yay! Terima kasih papa..” teriaknya dengan riang gembira.

Tindakan anak perempuannya yang sungguh gembira menerima peluk ciumnya membuatkan bapa ini tidak dapat menahan sebak dan terus menangis.
Reaksi seorang bapa yang gembira bila anak-anak riang menerima pemberian kasih sayangnya memang boleh menyentuh hati sesiapa sahaja.

Bapa mana yang tidak gembira sampai terus jadi sebak apabila melihat anak perempuannya mengukir senyuman bahagia di hadapan mata selepas mendapat hadiah yang diidamkannya.
Tonton video di bawah: