31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaGaya HidupKumpulan koir kanak-kanak Amerika Syarikat membuat persembahan lagu peribahasa Melayu memukau hati...

Kumpulan koir kanak-kanak Amerika Syarikat membuat persembahan lagu peribahasa Melayu memukau hati ramai

Sebuah kumpulan koir kanak-kanak dari Amerika Syarikat menarik perhatian ramai apabila membuat keputusan mencipta kelainan dalam persembahan mereka dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Dalam sebuah video TikTok yang tular dimuat naik oleh Fairuz Fee Tauhid @fairuzfeetauhid, pasukan koir kanak-kanak dari Amerika Syarikat (AS) mencabar diri mereka apabila telah mempersembahkan lagu koir yang berasaskan peribahasa Melayu.

Facebook

Lagu Kira! ciptaan Dr. Tracy Wong yang anggun berbaju kebaya telah memimpin kumpulan koir kanak-kanak Colorado Children’s Carole dalam persembahan mereka yang mempesonakan.

Pada awal lagu ini, kumpulan koir ini menyanyikan lirik berupa kiraan nombor satu hingga lapan, bersesuaian dengan tajuk lagu itu sendiri.

Facebook

Kemudian, terdapat beberapa peribahasa Melayu diselitkan dalam lirik seperti sediakan payung sebelum hujan, bersusah dahulu bersenang kemudian, dan yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Dr Tracy Wong, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Kanada telah menggunakan peribahasa Melayu dalam lirik lagu koir kanak-kanaknya.

Difahamkan, tenaga pengajar tersebut merupakan seorang konduktor koir, pengajar muzik, komposer, vokalis, dan pemain piano.

Facebook

Menerusi laman webnya, beliau berkata sangat teruja untuk membantu para pengajar dalam memberikan pengalaman unik kepada anak didik mereka menerusi pelbagai aktiviti seni, muzik dan nyanyian.

Manakala, persembahan koreografi para pelajar ini telah dicipta oleh Fairuz Fee Tauhid, yang turut merupakan koreografer terkemuka di Malaysia.

Video berkenaan telah menarik perhatian para netizen tempatan yang meluahkan rasa bangga terhadap usaha kedua-dua anak Malaysia yang cemerlang memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.

Facebook

“Tengok orang luar pun guna bahasa kita. Orang Malaysia sendiri susah hendak guna bahasa kebangsaan. Ayuh kita pupuk semangat cintakan bahasa kebangsaan.”

“Terima kasih Dr. Tracy Wong memartabatkan Bahasa Melayu di pentas antarabangsa..”

“Mesti meremang bila dengar suara koir, sebab harmoni buat rasa terpegun dan terus meremang.” 

Tahniah Dr.Tracy Wong dan Fairuz Fee Tauhid kerana telah berjaya membawa koir dalam Bahasa Melayu ke pentas dunia.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI