32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024
UtamaGaya HidupBudak lelaki kreatif berkarya atas lantai dengan hasil seni ubat nyamuk terima...

Budak lelaki kreatif berkarya atas lantai dengan hasil seni ubat nyamuk terima pujian ramai, ibu tidak jadi marah

Satu kumpulan gambar yang membangkitkan perbincangan hangat di kalangan netizen di Weibo China, “Breaking News 1 Commune” Taiwan, malahan di Malaysia baru-baru ini adalah mengenai seorang budak lelaki penuh imaginasi dengan hasil karya seni ubat nyamuknya.

Netizen seluruh dunia memuji kanak-kanak itu kerana gaya imaginasinya yang spontan ketika nyaris dimarahi ibunya memang berada di luar kotak.

Facebook

Melalui gambar tular di Weibo dan Facebook, kita dapat melihat budak lelaki itu mematahkan lingkaran ubat nyamuk, lalu membentuk ekspresi wajah comel yang berbeza, dan dia juga meletakkan semua “karya”nya di atas lantai rumah yang putih bagi memperlihatkan hasil seni itu lebih menonjol, nampak comel dan cantik.

Selain menggunakan lingkaran nyamuk lengkap sebagai mata, budak lelaki itu juga membuat pelbagai watak samseng bermuka jahat seperti mengejek mengikut lengkungan lingkaran ubat nyamuk itu.

Facebook

Kumpulan gambar itu berasal daripada video yang disiarkan oleh blogger dikenali Li Li yang memuat naiknya di Douyin.

Dalam satu hantaran, dia pada mulanya meminta anak lelakinya mengambil ubat nyamuk, tetapi tidak menyangka pula semua ubat nyamuk itu “berubah” menjadi karya seni pada akhirnya.

Douyin

Apabila bertanyakan kepadanya bagaimana tiba-tiba mendapat idea itu, kanak-kanak itu telah terpatahkan lingkaran ubat nyamuk secara tidak sengaja, yang menyebabkan dia berasa serba salah apabila dimarahi ibunya yang berkata: “Macam mana hendak menyalakan ubat nyamuk kalau rupa begini? Saya naik tangan!”

Walau bagaimanapun, karya ubat nyamuk kanak-kanak itu kemudian mendapat pujian ramai dan ibunya tidak jadi marah lantas tidak langsung memukulnya, kerana semua orang menganggap bakat seninya amat bagus dan sungguh kreatif.

Douyin

Walaupun ibu bapa rasa anak-anak mereka nakal, namun si nakal itu sebenarnya seorang kanak-kanak yang penuh imaginasi dan kreativiti. Berbanggalah dia ini benar-benar berbakat dalam seni bersama aura positifnya untuk mengukir senyuman di wajah anda.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI