27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaNasionalKanak-kanak perempuan 9 tahun maut tercekik rambutan

Kanak-kanak perempuan 9 tahun maut tercekik rambutan

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat tercekik buah rambutan.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata mangsa Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran sekitar jam 8 malam, 21 Ogos.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

“Doktor di klinik berkenaan telah mengeluarkan buah rambutan dari mulut mangsa sebelum jenazah dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

“Bedah siasat pada awal pagi tadi mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek,” kata Norzamri.

Polis mengklasifikasikan kematian mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Ling Luar, Maran sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa yang merupakan murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pada pagi 22 Ogos.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI