26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaInspirasiGuru guna duit sendiri beli satelit Starlink untuk tingkat capaian internet sekolah...

Guru guna duit sendiri beli satelit Starlink untuk tingkat capaian internet sekolah pedalaman Sarawak

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Miri, Baram, Sarawak mengambil inisiatif dengan membelanjakan RM2,400 untuk membeli peranti satelit Starlink demi meningkatkan capaian internet di sekolah pedalaman itu.

Muhammad Izzat Afif Hasim, 32 tahun berkata beliau memesannya dari SpaceX secara dalam talian sebaik sahaja penjualannya di Malaysia dibuka 25 Julai lalu dan menerima peranti berkenaan pada awal bulan ini.

TikTok

Menurutnya, kelajuan internet di kediamannya di kuarters sekolah itu meningkat sehingga 290 megabit per saat (Mbps), memudahkannya melayari internet bagi mencari bahan pembelajaran untuk anak muridnya selain melancarkan transaksi dalam talian.

“Di sini kami guna talian yang tawarkan data 15 gigabit (GB) dengan bayaran RM100, jadi kena jimat cermat kalau hendak muat naik kandungan dan melayari internet.

“Kalau guna Starlink bayar RM220 sebulan untuk data tanpa had, kelajuannya juga jauh berbeza,” kata guru berasal dari Perak itu.

Video Muhammad Izzat menerima kit permulaan peranti berkenaan yang dikirim dari Amerika Syarikat tular di media sosial menerusi hantaran TikTok oleh isterinya.

TikTok

Muhammad Izzat yang telah lapan tahun bertugas di SK Long Miri berkata ada guru di Baram turut membeli peranti satelit Starlink selepas melihat kelajuan dan capaian internet tanpa had dinikmatinya.

“Rata-rata memberi maklum balas baik. Memang ada kemudahan disediakan di sekolah tetapi data serta kelajuannya mungkin agak terhad,” katanya.

Beliau memberi kredit dan menghargai usaha kerajaan untuk membenarkan penggunaan peranti berkenaan bagi mengatasi masalah capaian internet terhad bagi pendidikan di luar bandar.

Bulan lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan rancangan perolehan 40 peranti satelit Starlink untuk kegunaan di universiti, kolej dan sekolah seluruh negara, selepas perbincangan dengan Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk pada 14 Julai.

Satelit Starlink oleh SpaceX

Starlink adalah peralatan komunikasi satelit daripada SpaceX yang menyediakan rangkaian internet menerusi beberapa satelit SpaceX di orbit bumi rendah.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi lokasi pertama pemasangan peranti berkenaan diikuti di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah, Selangor.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI