Baru-baru ini, dua atlet trek dan padang wanita dari China dengan kontroversi jantina telah disingkirkan daripada Persekutuan Olahraga Dunia, yang menimbulkan perdebatan hangat warga China dan dunia.
Sohu.com melaporkan Persekutuan Olahraga Dunia (IAAF) pada 11 Ogos mengumumkan ranking dunia terkini, dan pencapaian larian 400 meter dan ranking global atlet wanita China, Liao Mengxue dan Tong Zenghuan tidak kelihatan dalam senarai.

Kedua-duanya pelari dari Wilayah Hunan, Liao Mengxue memfokus dalam 200 meter dan 400 meter, manakala Tong Zenghuan mewakili China dalam larian 400 meter.
Pada Kejohanan Olahraga Kebangsaan pada 2019, Liao Mengxue berlari dengan catatan masa 11.78 saat dalam perlumbaan 100 meter wanita. Namun, berbanding dengan pencapaiannya, wajah maskulin wanita ini lebih menarik perhatian penonton.
Dalam kejohanan trek dan padang kebangsaan seterusnya, Liao Mengxue dan Tong Zenghuan memenangi pingat emas dan perak dalam acara 400m wanita dengan catatan masa masing-masing 53.25 saat dan 53.35 saat, dan kedua-duanya 2 saat lebih pantas daripada pemenang tempat ketiga.
Bagaimanapun, fokus perbincangan terus kepada penampilan kurang feminin kedua-dua atlet ini. Tong Zenghuan, seperti Liao Mengxue, kelihatan seperti seorang lelaki. Kedua-duanya mempunyai garis muka maskulin, dakwaan kelihatan halkum di leher, bentuk badan maskulin dan otot sasa seperti lelaki.

Semasa wartawan CCTV menemu bual kedua-duanya, suara mereka yang dalam juga telah mengejutkan penonton, sambil berkata kedua-duanya benar-benar tidak seperti wanita.
Tong Zenghuan dan Liao Mengxue dipersoalkan dengan pendapat awam di dalam dan luar negara kerana penampilan maskulin itu dan jantina sebenar mereka. Media Korea Selatan dengan berkeras cuba menunjukkan kedua-duanya adalah “individu dwi-jantina” dan mengkritik “sukan kompetitif China tidak mempunyai perbezaan jantina”.
Pada Jun tahun ini, Persatuan Olahraga China mengeluarkan Dokumen No. 462, yang memerlukan pusat sukan di semua wilayah menjalankan ujian testosteron darah secara ketat, dan atlet yang melebihi standard ditetapkan tidak dibenarkan menyertai pertandingan kebangsaan. Sejak itu, Liao dan Tong tidak muncul di mana-mana arena olahraga kebangsaan dan antarabangsa.
Seawal 2018, Persekutuan Olahraga Dunia telah mengumumkan undang-undang testosteron, dan testosteron atlet wanita tidak boleh melebihi 5nmol/L.

Hari ini, dua atlet wanita China yang mencetuskan kontroversi jantina itu telah disingkirkan daripada Persekutuan Olahraga Dunia dan pada masa sama sekali lagi mencetuskan rasa sangsi dan spekulasi global mengenainya.
Setakat ini, Persekutuan Olahraga Dunia mahupun Persatuan Olahraga China belum membuat sebarang maklum balas mengenai penyingkiran Liao dan Tong daripada senarai ranking dunia IAAF terbaru itu.
Persatuan Olahraga China sebelum ini mengesahkan bahawa Liao Mengxue dan Tong Zenghuan adalah wanita.