Isu berkenaan bilik sewa yang kecil dan sempit diwujudkan daripada ‘partition’ tambahan sudah lama dibincangkan dalam kalangan netizen. Bilik sempit dengan bayaran sewa yang tidak masuk akal bukan perkara baru.
Tindakan yang bukan sahaja tidak munasabah, malahan mencerminkan sifat tamak pemilik rumah sewa yang hanya mahu mengaut keuntungan.
Terbaharu, satu iklan bilik sewa di Ipoh, Perak menimbulkan perbincangan hangat para netizen di media sosial apabila sebuah ‘bilik’ yang hendak disewa kepada orang ramai merupakan bahagian dapur yang telah diubah suai.

Bukan itu sahaja, katil untuk bakal penyewa bilik berkenaan diletakkan betul-betul bersebelahan dengan singki.
Selepas gambar tersebut menjadi tular, rata-rata netizen menyelar tindakan tuan rumah berkenaan yang dirasakan tidak masuk akal dan agak melampau.
Antara komen mereka:

Sementara itu, tindakan menambah partition di bilik bagi membina bilik baharu adalah dilarang di Kuala Lumpur.
Terdapat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur yang menyatakan sekatan dinding dalaman untuk dijadikan bilik dalam petak kediaman adalah tidak dibenarkan.
Pekeliling itu telah berkuatkuasa sejak 1 Ogos lalu. Jadi, jika anda ada terkena dengan tuan rumah yang macam ini di Kuala Lumpur, boleh laporkan sahaja kepada pihak berkuasa.