31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024
UtamaKisah BenarPengamal Falun Gong anjur acara memperingati anti-penganiayaan “20 Julai” di Johor

Pengamal Falun Gong anjur acara memperingati anti-penganiayaan “20 Julai” di Johor

Pada 2 Julai 2023, pengamal Falun Gong dari Johor, Malaysia telah menganjurkan acara memperingati anti-penganiayaan “20 Julai” di Hutan Bandar Putra Kulai, dengan para pengamal Falun Gong dari Johor, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan negeri lain berkumpul bagi menyempurnakan hari itu.

Pada sebelah malam, mereka menganjurkan acara tanglung teratai dan duduk bermeditasi bagi memperingati pengamal Falun Gong di China yang dianiaya sehingga meninggal dunia oleh Parti Komunis China (PKC). 

Sepanduk tertera “Ulang Tahun Ke-24 Anti-Penganiayaan Aman Falun Gong” dan beberapa poster yang menceritakan kebenaran seperti Penyebaran Dafa ke Dunia telah dipasang di tapak lokasi acara. 

Pengamal Falun Gong Malaysia menganjurkan acara memperingati “Julai 20” Anti-Penganiayaan Falun Gong oleh PKC di China bertempat di Hutan Bandar Putra Kulai, Johor.

Para pengamal memegang tanglung teratai di tangan mereka sambil duduk dengan senyap dan khusyuk bagi meratapi pengorbanan pengamal Falun Gong dalam mempertahankan pegangan, yang dianiaya sehingga mati di China. 

Wakil pengamal di Malaysia membacakan ucapan perhimpunan itu masing-masing dalam bahasa Cina, Inggeris dan Melayu. Dalam ucapannya, beliau secara ringkas memperkenalkan keindahan Dafa dan penganiayaan terhadap pengamalnya di tanah besar China. 

Tujuan mengadakan acara ini bukan sahaja untuk memperingati pengamal yang dianiaya sehingga mati secara salah dan tidak berperikemanusiaan di tanah besar China, tetapi juga bagi membolehkan masyarakat tempatan memahami dengan lebih dekat kebenaran mengenai Falun Gong dan mereka boleh bekerjasama serta memberikan sokongan untuk menghentikan penganiayaan berkenaan.

Dalam ucapannya, wakil pengamal berkata, “Melalui penjelasan tanpa jemu pengamal Falun Gong tentang kebenaran selama ini, dunia secara beransur-ansur mengetahui tentang kejahatan PKC. Pemimpin politik dan masyarakat baik hati dari pelbagai negara telah melangkah ke hadapan untuk mengutuk kekejaman mereka. Semua insan baik hati yang menyokong keadilan dan menghentikan kejahatan untuk diri mereka sendiri akan mencipta masa depan yang cerah.”

Dalam acara itu, Syukri yang merupakan seorang pegawai dalam jabatan politik telah hadir. Beliau berkata dirinya mengetahui beberapa fakta tentang Falun Gong dan percaya Falun Gong adalah aktiviti yang sangat sihat. Beliau sempat berbual dengan beberapa pengamal, dan membaca pengenalan mengenai anti-penganiayaan “20 Julai” yang tertulis di sepanduk.

“Penuaian organ adalah terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bagaimanakah orang jahat ini (yang melakukan penganiayaan Falun Gong) masih boleh hidup di dunia ini?” soal Syukri.

Salah seorang pengamal Falun Gong Malaysia menerangkan kebenaran Dafa yang diedarkan melalui risalah kepada seorang pengunjung di taman Hutan Bandar Putra Kulai, Johor.

Cai Ping, seorang pengamal muda tempatan, berkata walaupun beliau tidak pernah mengalami penganiayaan kejam seperti pengamal Dafa di China, dirinya masih berasa amat sedih apabila melihat rakan pengamal di China menderita. Harapannya apabila dapat menjelaskan kebenaran ini, masyarakat tempatan dapat melihat dengan jelas kejahatan PKC, dan memberitahu yang lain bahawa PKC tidak pernah berhenti menganiaya orang baik yang percaya kepada prinsip “Sejati, Baik, Sabar.” 

Beliau juga berharap mereka yang mengetahui kebenaran dapat memahami tragedi ini dan bekerjasama untuk menghentikan penganiayaan PKC terhadap Falun Gong.

Pada hari itu, Cai Ping menjelaskan kebenaran Falun Gong bersama ibunya di taman berkenaan. Terdapat ramai pengunjung Melayu di sana, dan mereka berkata tidak pernah mendengar mengenai Falun Gong, tetapi bersedia untuk mempelajarinya dan berbesar hati menerima risalah yang disebarkan. Mereka melahirkan rasa simpati terhadap pengalaman para pengamal yang terus dianiaya di China.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI