26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGaya HidupGuru terima pujian berjaya pujuk murid yang sebak ekoran biskutnya tidak dijamah...

Guru terima pujian berjaya pujuk murid yang sebak ekoran biskutnya tidak dijamah kawan-kawan ketika jamuan hari raya kelas

Sepanjang bulan Syawal, secara kebiasaannya sekolah akan mengadakan jamuan Aidilfitri mengikut kelas masing-masing.

Jadi, guru kelas akan mengarahkan murid-murid membawa juadah sendiri dari rumah untuk dikongsikan bersama-sama sempena meraikan hari dan bulan mulia itu.

Dan sudah menjadi kebiasaan juga apabila ada sebahagian makanan yang dibawa itu tidak disentuh dan dimakan oleh rakan-rakan dalam kelas.

TikTok

Baru-baru ini, tular di TikTok seorang guru yang dengan lembut memujuk salah seorang anak muridnya yang berasa sebak ketika jamuan hari raya diadakan dalam kelas mereka.

Guru itu @farisfarhansidek, berkongsi beliau menyapa dan bertanya mengapa seorang murid lelaki yang menangis sambil menutup mukanya di atas meja.

Difahamkan, murid lelaki yang dikenali Syakir menangis kerana kawan-kawan dalam kelasnya tidak menjamah kuih raya yang telah dibawa olehnya.

TikTok

“Takda orang nak makan biskut kita,” kata murid itu dalam keadaan sebak ketika ditanya guru itu.

Guru tersebut lantas mengarahkan murid terbabit untuk menunjukkan kuih yang dibawa kerana beliau ingin menjamahnya sambil memujuk kanak-kanak itu.

“Mari, mari tunjuk cikgu mana satu biskut awak.. Jom cikgu nak makan biskut awak,” kedengaran guru berkenaan berkata di latar belakang sambil meminta budak lelaki itu berjalan ke arah meja yang diletakkan kuih raya itu bersama pelbagai hidangan.

Tidak hanya menyuruhnya membuka bekas biskut itu, guru tersebut juga meminta murid-murid lain untuk turut mengambil dan merasa kuih raya berkenaan.

TikTok

“Semua datang sini dan makan biskut Syakir,” kata guru itu kepada seluruh kelas.

Apa yang mengharukan, murid-murid yang lain juga dilihat pandai mengambil hati Syakir dengan memakan kuih raya tersebut.

Difahamkan, Syakir merupakan seorang anak yatim yang kehilangan bapa ketika usianya empat tahun. Menurut ibunya, Syakir menempah biskut itu daripada jiran sebelah rumahnya dan membungkusnya sendiri untuk dirasa oleh rakan-rakan sekelasnya.

“Bawa biskut raya tiada orang nak makan. Kesian anak yatim Syakir ni. Takpa lah kawan-kawan ada boleh makan biskut Syakir,” tulis guru itu di ruangan kapsyen.

TikTok

Video TikTok berkenaan telah mendapat perhatian dengan tontonan 7.8 juta kali dengan pelbagai komen yang memberi pujian kepada guru tersebut:

“Terima kasih cikgu sebab pandai ambil hati murid. Siapa pun akan sedih jika tiada sesiapa makan makanan yang kita bawa. Apa pun terbaik cikgu..”

“Tindakan ringkas cikgu yang menceriakan hari anak ini dan buat dia bahagia seharian.”

“Aduh sedihnya.. Terima kasih cikgu..”

“Terbaik cikgu.. Terima Kasih.”

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI