Selepas berkahwin, kebanyakan isteri akan melakukan segalanya yang terbaik untuk manfaat suami tersayang. Hal ini termasuklah dari sebesar-besar perkara, sehinggalah ke sekecil-kecil perkara seperti menyediakan bekalan makanan untuk suami ke pejabat.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah video yang menunjukkan reaksi lucu seorang lelaki yang tersenyum bangga apabila diusik oleh rakan sekerjanya hanya kerana dia membawa bekalan makanan yang disediakan oleh isterinya ke tempat kerja.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh @ehhfie di laman TikTok, dapat dilihat bagaimana seorang lelaki yang sudah bersiap sedia untuk pergi berehat sambil membawa sebuah beg bekalan makanan berwarna hijau berasa bangga apabila diusik oleh rakan sekerjanya.

“Oh, begini rasanya ya orang yang dah kahwin ya? Nak bekal juga!” usik pemilik video kepada rakannya itu.
Tambah menarik, beg makanan berwarna hijau itu malahan lengkap dengan nama pemunya beg, Asyraf, yang terpampang pada bahagian hadapan beg. Bukan itu sahaja, beg makanan itu juga turut lengkap dengan botol air yang tersemat kemas di bahagian sisi beg. Wah, beruntung betul lelaki ini!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video ini telahpun meraih sehingga lebih dari 56,100 sukaan, 937 komen dan 1,982 kongsian.
Rata-rata warganet turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pendapat mereka apabila menyaksikan telatah lucu rakan sepejabat tersebut.




Memang lucu betul reaksi spontan yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Yang tambah menghiburkan juga adalah kerana dia langsung tidak berasa malu untuk membawa bekalan makanan ke pejabat, dia malahan turut berasa bangga dengan bekalan yang disediakan untuknya itu. Terbaiklah bang!
Pilihan Editor: