27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024
UtamaGaya HidupSi comel Arabella Mia curi tumpuan di majlis resepsi Dr Amalina dan...

Si comel Arabella Mia curi tumpuan di majlis resepsi Dr Amalina dan suami, adik Ainul Mardhiah hadir sebagai tetamu istimewa

Dr Amalina Bakri pulang ke Malaysia untuk meraikan sambutan Aidilfitri dan di kesempatan itu turut mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama keluarga serta teman-teman rapat di Kuala Lumpur.

Dr Amalina Che Bakri mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac 2021.

@indahwedding/Instagram

Pernikahan dengan suami tersayang, Alexander Charles akhirnya dapat dilaksanakan selepas tiga kali tertangguh berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom.

Dr Amalina Bakri berkongsi keterujaan pulang ke Malaysia dan menyambut Aidilfitri bersama puteri tersayang, Arabella Mia dan ibu tersayang, Sabariah Hassan.

Dr Amalina dan suami diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 7 Mei. Mengenakan busana tradisional kebaya rona pastel, Dr Amalina dan suami tampil anggun menuju ke pelamin indah sempena persandingan mereka.

Twitter

Lebih istimewa, Arabella Mia didukung oleh bapanya untuk sama-sama diarak dan diraikan di majlis istimewa tersebut.

Majlis yang diadakan secara ringkas ini turut diserikan dengan ucapan istimewa daripada ibu Dr Amalina, Sabariah Hassan buat anak dan menantu tersayang.

Twitter

Para peminat teruja dapat melihat wajah Arabella Mia di dalam muat naik video pasangan ini di Instagram, yang memaparkan mereka berjalan menuju ke pelamin yang dihias indah. Malah ramai warga maya yang memuji kecomelan anak pasangan ini.

Kata mereka, nampaknya selepas ini Arabella Mia boleh berbangga dapat melihat dirinya turut berada dalam gambar perkahwinan ibu bapanya.

Facebook

Turut hadir sebagai tetamu istimewa dalam majlis tersebut ialah adik Ainul Mardhiah sekeluarga menyaksikan persandingan Dr Amalina dan suami yang membuatkan ramai berasa sebak dengan ikatan yang terjalin setelah Dr Amalina membantu dalam pembedahan adik Ainul beberapa tahun lalu.

Malah adik Ainul kelihatan sangat gembira menghadiri majlis persandingan tersebut.

Ahmad Safiuddin /Facebook

“Tahniah @dramalinabakri dan Alex. Semoga kalian berdua sentiasa bahagia selalu. Cantik sangat Dr Amalina. Ainul bukan main suka ya dapat hadir majlis resepsi Dr Amalina,” tulis bapa adik Ainul, Ahmad Safiuddin Abdul Razak di Facebook.

“Sebelum majlis ini berlangsung, Dr Amalina selalu whatsapp isteri tanya Ainul boleh datang ke tidak. Dr Amalina kata kami wajib datang. Beliau mahu kami ada sekali dalam majlisnya,” tambahnya.

Ahmad Safiuddin menerusi hantaran di Facebook berkongsi beberapa gambar persandingan Dr Amalina bersama suami.

Ahmad Safiuddin/Facebook

“Ketika misi menyelamatkan Ainul dahulu, Allah kirimkan ramai orang baik-baik. Terlalu ramai sehingga saya tak mampu hendak sebutkan satu persatu terutamanya rakyat Malaysia.

“Tanpa bantuan rakyat Malaysia, misi ini mungkin tidak akan berjaya. Tanpa para doktor dan professional, misi ini tidak akan berjaya. Tanpa doa-doa, misi ini juga tidak akan berjaya. Banyak pihak yang mengambil peranan dalam misi itu dahulu dan kami sekeluarga sangat berterima kasih,” katanya.

Tonton video di bawah:

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI