Penampakan tapir tersesat di beberapa lokasi di luar habitatnya bukan perkara baru.
Suasana malam yang tenang di Pekan Kuala Klawang, Negeri Sembilan bertukar kecoh apabila seekor tapir dipercayai sesat dalam kejadian pada Jumaat lalu, 28 April.
Kejadian tersebut dirakam oleh pengunjung di lokasi tersebut dan kemudiannya tular di media sosial.
Video pendek berdurasi 13 saat itu memaparkan tapir tersebut berlari dalam keadaan kebingungan ke tengah jalan setelah terserempak dengan beberapa pengunjung di kawasan tersebut.
Klip video tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang terkejut dengan penampakan haiwan berkenaan di luar habitat asalnya.
“Dia pun nak beraya juga..”
“Cari rumah terbuka kot tapi tak tahu kat mana. Lupa nak ‘share location’.”
“Tadi gajah rempuh pagar, ini tapir, lepas ini apa pula.”
Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung perkara berkenaan setakat ini, sementara nasib haiwan itu juga belum dapat dipastikan.
Pilihan Editor: