34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupNur Dhabitah Sabri sah bergelar isteri kepada Jiggy Masin 

Nur Dhabitah Sabri sah bergelar isteri kepada Jiggy Masin 

Dalam diam rupa-rupanya pelawak Jiggy Masin telah sah bernikah dan menjadi suami kepada atlet penerjun Malaysia, Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu, 28 April.

Menurut Jiggy atau nama sebenarnya Mohamad Aizat Ahmad Nazri, dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka namun memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai.

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi suami kepada Dhabitah pada Jumaat. Majlis akad nikah kami diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga seramai 150 orang sahaja.

Gambar ihsan Jiggy Masin / Facebook

“Kami tiada niat hendak sorok apa-apa… cuma hendak jaga amanah dan janji keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak umumkan apa-apa selagi belum sah.

“Saya meminta maaf kepada rakan media sebab sebelum ini saya tidak memberi respons kepada soalan mengenai kami sebab seperti yang saya katakan, hendak jaga janji dan amanah keluarga,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka sejak lebih setahun lalu, Jiggy memberitahu dia mula berkawan dengan atlet penerjun negara berusia 23 tahun itu ketika bertemu di sesi fotografi.

“Saya dan Dhabitah sudah kenal lebih kurang setahun lebih juga lah. Mula-mula kami berkawan saja sebab jumpa masa sesi fotografi sama-sama.

Gambar ihsan Jiggy Masin / Facebook

“Kemudian kebetulan ada penggambaran program sama-sama. Jadi, dari situ macam rapat tapi memang tiada rancangan hendak berkahwin ke apa-apa waktu itu. Tapi, Alhamdulillah sudah jodoh kami,” kata Jiggy.

Sementara itu, Jiggy berkata mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi namun belum menyediakan tarikh memandangkan isterinya akan ke China selama sebulan untuk sesi latihan.

“Majlis buat dekat rumah Dhabitah… Insya-Allah resepsi ada tapi masih dalam perbincangan sebab dua-dua sibuk dan Dhabitah pun ada pertandingan besar akan datang termasuk Sukan Olimpik Paris 2024, dan Sukan Asia.

Gambar ihsan Jiggy Masin / Facebook

“Dia kena pergi China dalam sebulan untuk sesi latihan. Tapi bila ada tarikh, InsyaAllah saya kemaskini untuk jemput kawan-kawan media,” katanya.

Sebelum ini, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Nur Dhabitah Sabri dan Jiggy Masin.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI