27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiSaat menyentuh hati wanita ini bertemu semula guru kimia yang bantu bayarkan...

Saat menyentuh hati wanita ini bertemu semula guru kimia yang bantu bayarkan yuran pendaftaran universiti 36 tahun lalu

Kisah bekas jurutera, Norasiah Jamil, menjadi tular selepas berkongsi rasa sebak bagaimana guru kimia Tingkatan Limanya, Pak Lin Haw, 66 tahun, membantu membayar yuran pendaftaran universitinya

Pada Mac lalu, Norasiah menulis dalam hantaran Facebook yang beliau sentiasa mahu bercakap dengan gurunya sekali lagi, dan selepas 36 tahun, akhirnya wanita ini berjaya mencari Cikgu Pak dengan bantuan warganet.

Norasiah Jamil / Facebook

Selepas berminggu-minggu merancang untuk bertemu dengan Cikgu Pak, akhirnya Norasiah bertemu semula dengan wanita itu semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, lapor New Straits Times.

Norasiah yang kini bergelar ahli perniagaan berkata, beliau pernah menghubungi Cikgu Pak dan akhirnya bertemu dengannya pada 23 April lalu iaitu ketika sambutan Aidilfitri kedua.

“Saat yang penuh emosi apabila Cikgu Pak melangkah masuk ke rumah saya bersama suaminya. Saya menyambutnya sebelum kami berpelukan erat. Beberapa sahabat saya termasuk rakan sekelas menyertai perjumpaan itu,” kata Norasiah.

Norasiah berkata, semasa perjumpaan itu, beliau dan Cikgu Pak bercerita tentang kenangan bersama di SMK Alor Akar sambil menunjukkan gambar bekas guru mereka di sekolah menengah.

Norasiah Jamil / Facebook

“Rumah saya dipenuhi dengan gelak tawa dan air mata kegembiraan apabila semua orang bergilir-gilir berbual dengannya. Walaupun 36 tahun mungkin telah berlalu, segala-galanya seolah-olah berlaku baru-baru ini,” kata wanita itu.

“Saya sentiasa berusaha mencari Cikgu Pak termasuk ke bekas sekolah saya untuk meneliti rekod guru, tetapi tiada siapa yang tahu beliau berada di mana. Semua gambar yang saya rakam semasa zaman persekolahan telah rosak bersama album perkahwinan saya semasa banjir yang melanda rumah saya sebelum ini di Sungai Isap Damai pada 2001,” katanya.

Menurut Norasiah, selepas membuat hantaran Facebook itu bulan lalu, seorang rakan kepada suami Cikgu Pak menyedari gambar lama yang dimuat naiknya adalah gambar miliknya.

Noraasiah Jamil / Facebook

Seorang ahli gereja dari UK kemudian menghantar butiran hubungan bekas guru itu kepada Norasiah, dan beliau telah berhubung dengan Cikgu Pak sejak itu.

Sebelum ini, Norasiah berkongsi Cikgu Pak membayar yuran pendaftarannya untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Norasiah lulus cemerlang SPM pada tahun 1987, dan ketika beliau gembira menerima tawaran untuk belajar di universiti, beliau tahu di dalam hatinya bahawa bukan mudah memasuki universiti kerana beliau berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Norasiah Jamil / Facebook

Pada satu ketika, Norasiah membuat keputusan mahu berhenti belajar kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran universiti.

Tidak mahu perjalanan akademik Norasiah berakhir, Cikgu Pak memutuskan untuk membayar yuran pendaftaran pelajar itu dengan wangnya sendiri, di samping mengeluarkan sedikit wang daripada dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Atas sokongan guru berkenaan, Norasiah berjaya mengikuti pengajian kejuruteraan elektrik di UTM dan menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda. Norasiah kemudiannya bekerja sebagai jurutera, dan kini menjalankan perniagaan sendiri.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI