27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024
UtamaGaya HidupTerlalu risau akan 'diangkut' ke balai polis, budak perempuan ini meraung sambil...

Terlalu risau akan ‘diangkut’ ke balai polis, budak perempuan ini meraung sambil berjanji untuk tidak lagi bermain lato-lato dan bernekad mahu membuang permainan itu dihadapan polis!

Permainan adalah salah satu perkara yang sangat dekat dengan kanak-kanak. Mana tidaknya, dalam satu-satu masa, mereka boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk bermain satu-satu permainan yang mereka minat pada waktu itu. Kini, permainan lato-lato pula adalah salah satu mainan yang terkenal dalam kalangan kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular satu video rakaman dari sudut pandang seorang ibu kepada seorang budak perempuan yang sangat suka bermain permainan lato-lato. 

@iendaazlinda

Tetapi, yang lucunya, dalam video itu budak perempuan itu dilihat sedang menangis ketakutan kerana usikan daripada ibunya yang sedang melaporkan “kesalahannya” kepada pihak polis.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @iendaazlinda di laman TikTok, dapat dilihat budak perempuan berkenaan yang berada dalam sebuah kereta sedang menangis sambil meraung ketika ibunya yang berdiri di luar kereta membuat “laporan” kepada dua orang polis yang berada dalam kenderaan polis di seberang jalan. 

@iendaazlinda

“Dia degil, encik. Hari-hari degil. Suka main lato-lato!” kata ibunya kepada polis itu.

Mendengarkan laporan ibunya itu, budak perempuan yang ketakutan itu lantas berjanji untuk tidak lagi bermain permainan lato-latonya.

“Taknak! Taknak dah main! Nak buang (lato-lato), nak buang!” teriak budak perempuan yang comel itu.

@iendaazlinda

Memang comel betul gelagatnya yang ketakutan. Mungkin, lampu kereta polis berwarna biru yang dipasang berkelip-kelip itu juga turut menambah ketakutan dalam dirinya. Risau ditangkap agaknya!

Sehingga artikel ini dihasilkan, kiriman video ini telahpun mendapat lebih dari 4.5 juta tontonan, lebih dari 358,700 sukaan dan 7,793 komen daripada warganet yang kebanyakannya terhibur dengan usikan dan reaksi serius budak perempuan ini.

“Aduh, macam manalah dia bila besar tengok video ini nanti”

@iendaazlinda

“Ambil emaknya sekali encik, sebab emaknya yang membelikan lato-lato itu”

@iendaazlinda

“Kasihan dia emaknya mengusik dia”

@iendaazlinda

“Simpanlah video ini dengan baik. Nanti apabila dia sudah besar (bolehlah) ditunjukkan kepadanya. Apabila dia sudah berkahwin nanti tunjukkan pula kepada suaminya”

@iendaazlinda

“Kalau aku adalah polis itu, aku akan pergi ke kereta kayak itu, dan meminta adik itu untuk mengikut aku ke balai polis”

@iendaazlinda

Selain itu, ada juga antara warganet yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika mengusik anak-anak mereka.

“Anak sayapun begini. (Saya akan) berlakon menelefon polis jika dia tidak mahu mandi. Dengan automatik (anak saya) akan menangis dan lekas-lekas membuka baju dan pergi mandi”

@iendaazlinda

“Aku telah menukar nama suami dalam telefon kepada ‘polis’, kalau anak aku nakal aku akan telefon ‘polis’, (anak aku akan) menangis ketika bercakap dengan ‘polis’ padahal itu sebenarnya bapanya.”

@iendaazlinda

Pastinya, usikan daripada ibu budak perempuan ini dipercayai akan menimbulkan keinsafan dalam diri budak perempuan ini. Namun rupa-rupanya, lain pula yang terjadi!

Pada keesokan harinya, dapat dilihat menerusi sebuah lagi video yang jelas menunjukkan aksi hebat budak perempuan ini bermain permainan lato-lato.

@iendaazlinda

Bukan setakat bermain seperti biasa, budak perempuan ini siap mengangkat sebelah kakinya, bukan calang-calang!

Comel betul gelagat budak-budak pada masa ini. Ada-ada sahaja idea mereka mahu menghiburkan kita!

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI