Dalam ajaran Islam, amalan yang digalakkan adalah selalu bersedekah. Apapun jumlahnya adalah tidak penting asalkan niat dalam hati kita adalah tulus dan ikhlas.
Tidak kiralah bagaimana cara anda bersedekah, Allah tidak mengira kuantiti, tetapi mengira kualiti. Semuanya bergantung kepada niat di dalam hati anda. Semua orang tidak nampak, namun Allah Maha Mengetahui!

Ia terbukti apabila seorang pemuda dikenali Azim Adnan berkongsi video di TikTok akan kehebatan kuasa bersedekah yang telah mendapat perhatian hampir 2 juta tontonan.
Katanya kuasa bersedekah itu telah membuatnya menangis teresak-esak apabila menerima wang tunai RM250 pada ketika dia sedang pokai.

Menerusi video tersebut, pemuda itu berkongsi kisahnya tentang bersedekah pada zaman menjadi pelatih pekerjaan di sebuah syarikat kecil.
Katanya, ketika itu dia hanya memiliki RM20 di dalam dompet. Perkara itu membuatkan dirinya berasa sangat kering dan kosong serta bersedih kerana wangnya tidak mencukupi untuk dia bertahan selama dua minggu.

“Pada waktu itu juga adalah waktu Zohor, tidak seperti selalu menunaikan solat di surau pejabat, tiba-tiba saya terasa hendak solat di masjid,” katanya.
Tanpa berfikir panjang, pemuda ini membuat keputusan untuk bersedekah RM20 di masjid iaitu duit terakhirnya dengan niat supaya Allah tidak membiarkan kanak-kanak kelaparan.

Namun, sebaik dia sampai di dalam pejabat, keajaiban mula berlaku selepas penyelianya memberikannya wang tunai RM250 kerana dia telah membantu syarikat mengendalikan sebuah acara dengan baik sebelum ini.
Wang itu telah membuatnya menjadi sebak dan menasihatkan kepada semua, jangan merendahkan kuasa bersedekah kerana banyak keberkatan yang diperolehi daripadanya, serta siapa tahu anda bakal menerima rezeki yang tidak disangka-sangka.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dan berkongsi pengalaman sama.



Oleh itu, teruskan amalan bersedekah anda semua, terpulang dan tidak kira bagaimana caranya asal dengan rezeki yang halal.
Yang penting, anda lakukannya dengan niat yang suci dan betul di dalam hati masing-masing.
Pilihan Editor: