Penduduk mengenali mercu tanda di Serian adalah arca kerbau ‘beliang’ yang sudah berada di bandar itu selama bertahun-tahun lamanya.
Serian yang terletak tidak jauh dari Kuching merupakan salah sebuah bandar menarik perhatian di Sarawak terutama kerana terkenal dengan hasil tanamannya yang pelbagai.
Baru-baru ini, nama Serian menjadi tular di media sosial ekoran muat naik gambar arca kerbau itu.

Difahamkan, arca kerbau itu telah dicat semula baru-baru ini dan gambarnya telah menarik perhatian ramai warganet.
Apa yang istimewanya apabila gambar arca kerbau mendapat perhatian para warganet kerana ia kelihatan pelik lagi melucukan.
Jika anda melihat gambar kerbau tersebut, ia kelihatan ‘beliang’ melihat sesuatu.

‘Beliang’ dalam bahasa Sarawak bermaksud terkejut atau terperanjat. Mungkin disengajakan apabila pembuat arca menunjukkan ekspresi kerbau kelihatan terperanjat melihat sesuatu, sebagai tarikan di Serian.
Tidak kisahlah, apa yang pasti gambar itu telah membuat ramai warganet berasa terhibur melihat arca kerbau ‘beliang’ yang lucu di Serian sehinggakan ada yang memuat naik memes pula.

Kalau anda teringin melihat kerbau terperanjat, bolehlah ke Serian jika melawat Sarawak. Pemanduan dari Kuching ke Serian sejauh 60 kilometer.
Selain arca kerbau itu, dahulunya terdapat arca harimau juga yang terletak bersebelahan Taman Komuniti Serian.

Bagaimanapun, patung harimau dengan wajah tersenyum lebar itu telah tiada lagi selepas kerja-kerja baik pulih di taman berkenaan.
Apa-apa pun, jangan lupa ambil gambar dengan kerbau terperanjat yang comel di Serian sebab ia adalah aktiviti wajib apabila anda berada di sana.
Pilihan Editor: