Untuk makluman ibu bapa dan penjaga anak-anak yang lahir pada tahun 2017 dan 2018, permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 sudah boleh dilakukan secara dalam talian. Berikut merupakan cara pendaftaran di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. Mulai Tahun 2023 pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang http://idme.moe.gov.my dalam tempoh tersebut.
Kanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke tahun Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 secara dalam talian adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.
Cara pendaftaran adalah seperti berikut:
1.Layari portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
2.Klik Pengguna Baru
3.Tekan Daftar Pengguna
4.Klik Daftar
5.Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
6.Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
7.Klik Permohonan Baharu
8.Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
9.Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat ibu bapa dan penjaga
10.Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
11.Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
12.Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
13.Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
14.Status permohonan murid akan dipaparkan.
15.Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Penting juga buat ibu bapa untuk simpan dalam kalendar adalah Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 dan Rayuan.
Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2024/2025, semakan penempatan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2023.
Rayuan akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos 2023. Semakan keputusan rayuan pula boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.
Pilihan Editor: