Untuk berbuat baik kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada golongan yang memerlukan amat mudah dan tidak perlu berusaha banyak untuk membuat hati kita berasa tenang dan berbangga dengan diri sendiri.
Dan ia tidak mengira peringkat usia untuk menyampaikan kebaikan itu kepada orang lain.
Seperti budak lelaki ini yang datang ke Walmart bersama bapanya untuk menukar syiling yang telah ditabungnya untuk beberapa waktu supaya dia boleh membeli permainan video.

Ketika sedang menunggu giliran untuk menukar syiling, budak lelaki itu memerhatikan seorang warga emas lelaki sedang terkial-kial memasukkan syiling yang dikumpulnya ke dalam mesin ‘Coinstar’.
Warga emas yang dipercayai veteran perang berdasarkan topinya dilihat asyik menjatuhkan beberapa syiling dan budak lelaki ini bersama bapanya yang bersimpati membantunya mengutip syiling-syiling itu.

“Terima kasih!” kata warga emas itu kepada budak lelaki ini.
Duo bapa dan anak dengan sabar menunggu veteran perang itu menyelesaikan pertukaran syilingnya.
Kemudian budak lelaki ini bertanya kepada bapanya sama ada dia boleh membantu warga emas itu.

Tanpa disangka, mereka telah membuat keputusan untuk memasukkan semua duit syiling yang dikumpul budak lelaki ini ke dalam mesin yang belum selesai dikira oleh warga emas berkenaan tanpa pengetahuannya.
Dengan senyap-senyap anak yang berhati mulia ini memasukkan sedikit demi sedikit duit syiling sehingga habis tanpa disedari oleh orang tua itu.

Pada mulanya, mereka melihat veteran ini tidak mempunyai banyak syiling untuk ditukar.
Selepas budak lelaki ini meminta keizinan bapanya untuk menambah syiling veteran perang itu, dia telah memasukkan kesemua duit syilingnya dari botol yang dibawanya ke dalam mesin.

Dan warga emas ini terus tidak menyedari wangnya telah bertambah, sebaliknya dia meminta maaf kepada mereka berdua kerana perlu menunggu sambil terpaksa melihat dia menyelesaikan urusannya.
“Tidak mengapa, ambil masa kamu,” kata si bapa.
Sementara si anak pula mendekatkan dirinya dengan mesin coinstar itu untuk melihat berapa banyak syilingnya yang telah berjaya ditambah dan diberikan kepada warga emas itu.

Hatinya sangat lega dan dia tersenyum memandang mata bapanya kerana pada hari itu seorang yang memerlukan telah mendapat bantuannya.
Dan bapanya pula amat berbangga kerana telah berjaya mendidik seorang anak yang berhati baik, pemurah dan mulia.

Warga emas itu mula keliru memikirkan bagaimana duit syilingnya yang sedikit mengambil masa yang agak lama untuk dikira.
Budak lelaki ini dan bapanya berlalu pergi selepas melihat reaksi warga emas itu melihat jumlah yang tertera pada resit coinstar.

Dengan wajah tidak percaya, dia dilihat mempersoalkan mengapa jumlah duit syiling yang dikumpulnya begitu banyak.

Pilihan untuk membuat kebaikan yang tidak memerlukan apa-apa usaha keras untuk membuat anda berasa gembira.
Tonton video di sini.
Pilihan Editor: