30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaMicroraptor, dinosaur terbang purba China yang kecil tetapi gagah

Microraptor, dinosaur terbang purba China yang kecil tetapi gagah

Jika anda memandang ke atas puncak pokok di kawasan yang kini terletak di timur laut China pada 120 juta tahun lalu, anda mungkin telah menyaksikan makhluk seperti burung sebesar burung gagak. Itulah Microraptor, dinosaur terbang purba China yang kecil tetapi gagah. Dalam bahasa Greek, Microraptor bermaksud “pencuri kecil”.

THE STAR

Microraptor merupakan dinosaur terbang yang mempunyai empat sayap berbulu primitif dan hidup semasa zaman Cretaceous awal. Para saintis telah mendapati bahawa bulunya berwarna-warni, bermakna ia mempunyai kilauan logam yang serupa dengan bulu burung merak moden dan burung madu.

Makhluk ini memburu mangsa dengan menggunakan kaki sama seperti yang dilakukan oleh helang hari ini. Namun berbanding terbang tinggi ke udara, dinosaur ini akan terbang dari pokok ke pokok (seperti tupai) untuk memburu mangsa.

Rekod fosil menunjukkan Microraptor wujud sejak 120 ke 125 juta tahun lalu, namun sekumpulan saintis antarabangsa mendapati kebanyakan makhluk ini menyerupai burung zaman sekarang berbanding burung zaman purba.

Menurut pasukan penyelidik antarabangsa bukti terbesar ditemui dalam fosil kaki dinosaur purba yang terpelihara ini. Michael Pittman, penolong profesor di Universiti Cina Hong Kong berkata, banyak benda yang dapat dipelajari melalui saiz dan bentuk kaki burung seperti tingkah laku dan gaya hidup.

Selain itu, kaki burung juga menunjukkan keupayaan menggenggam burung, kecekapan berlari dan gaya pemakanan, menurut pakar ornitologi (rujukan PRPM: kajian tentang burung, terutama aspek kelakuan, pengelasan, dan kawasan tempat tinggalnya) yang telah mengkaji tingkah laku burung.

Penemuan itu berhasil kerana teknologi laser yang membantu mendedahkan maklumat mengenai tisu lembut dalam fosil. Pasukan itu juga mempunyai akses kepada koleksi spesimen besar di Muzium Sejahrah Alam Shandong Tianyu di timur China.

Selepas mengimbas lebih daripada 1000 dinosaur theropod yang difosil, para penyelidik mengenal pasti 12 spesimen tersebut mempunyai “alas kaki”, sisik kaki dan kuku yang terpelihara dengan baik.

Spesimen yang merangkumi dinosaur bersayap seperti Ambopteryx, Anchiornis dan Archaeopteryx, dari zaman Jurassic menunjukkan makhluk itu mampu terbang namun tidak menjalani gaya hidup udara sepenuhnya.

Mereka turut mencadangkan haiwan seperti Confuciusornis makan daripada pelbagai sumber makanan. Manakala Fortunguavis yang lebih hebat memanjat pokok berbanding terbang pula hanya makan mangsa tertentu sahaja.

Selain itu, tapak kaki yang ditemui di dasar sungai di Texas berusia hampir 113 juta tahun. Bentuknya menunjukkan seolah-olah tapak kaki helang hari ini, kata Pittman.

Bukti fosil menunjukkan bahawa haiwan yang sudah lama pupus – yang sebenarnya bukan burung – memainkan peranan penting dalam habitat mereka, sama seperti burung pemangsa hari ini dan juga memburu mangsa yang sama jenis seperti makhluk terbang lain.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI