Jika anda berada di Kuching, Sarawak, rasanya ramai yang mengenali Kak Lin, ‘tour guide’ atau pemandu pelancong yang terkenal dengan suaranya yang bukan biasa-biasa untuk membuat semua berasa terpegun.
Dalam satu video TikTok yang tular, warganet jadi terhibur dan kagum apabila melihat Kak Lin membuat pengumuman di dalam bas persiaran.
Kak Lin yang bertugas sebagai pemandu pelancong biasa membawa para pelancong bersiar-siar di Kuching dan menceritakan sejarah negeri Sarawak dengan suaranya yang amat sedap didengar.
Dalam video TikTok itu, warganet teruja apabila kedengaran suara Kak Lin persis suara pengumuman dalam penerbangan.
Video yang dikongsikan pengguna TikTok @fathroselan dan terus tular di Facebook dan Twitter memaparkan Kak Lin membuat pengumuman ketibaan para pelancong di Lapangan Terbang Kuching, dan memastikan agar mereka tidak meninggalkan barang milik masing-masing di dalam bas.
Suaranya yang lunak sedap didengar memang serupa macam kru kabin penerbangan.
Maka ramai yang bertanya sama ada Kak Lin pernah bekerja dengan mana-mana syarikat penerbangan sebelum ini setelah mendengar nada suaranya yang sedap itu.
Dan ternyata di ruangan komen, salah seorang anak buahnya mendedahkan yang Kak Lin pernah bekerja sebagai kru kabin di Malaysia Airlines (MAS).
Jadi, memang patutlah Kak Lin punya bakat cemerlang mengatur alunan suara semasa membuat pengumuman tidak kira di mana tempatnya.
Walaupun di mana Kak Lin berada, bakatnya masih berbisa kerana suaranya memang sentiasa terbaik dan sangat sedap didengar.
Tonton video di sini.
Pilihan Editor: