32.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024
UtamaGaya HidupPetua pilih bendi tanpa perlu patah hujung tangkai, cara mengenal yang sungguh...

Petua pilih bendi tanpa perlu patah hujung tangkai, cara mengenal yang sungguh mudah

Bila ke pasar atau ke kedai dek kerana takut terbeli bendi yang tua, pasti ramai dalam kalangan kita selalu mematahkan hujung tangkai bendi. Tindakan mematahkan hujung tangkai bendi perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan pembaziran dan kerugian kepada para peniaga.

Mudah sahaja sebenarnya kalau hendak kenal bendi tersebut muda atau tua. Berikut merupakan petua yang anda boleh cuba tanpa perlu mematahkan hujung tangkai bendi. 

Gambar Hiasan / Pixabay

Ikuti perkongsian oleh pengguna Facebook Azuan Abdullah.

Senang sahaja cara hendak kenal sayur bendi yang baik. Bendi ini kita boleh kelaskan kepada 5 tahap:

Azuan Abdullah/Facebook

1. Sangat muda

2. Muda

3. Tua

4. Sangat Tua

5. Tua Bangka

Gambar Hiasan / Pixabay

Sangat Muda: Bendi yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai. Rujuk gambar nombor 1. Bendi yang ini sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi akan ada.

Sesuai dibuat ulam dengan cicah sambal belacan, budu tempoyak dan makan bersama nasi panas-panas, gerenti kena tambah lagi satu pinggan. Bendi tahap ini tidak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.

Gambar Hiasan / Pixabay

Muda: Bendi muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang sebesar jarum. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari.

Tua: Bendi tua ni akan ada lubang udara saiz pen mata bola di tangkai. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab bendi yang ini sudah agak keras. Tahap ini la yang biasa ramai antara kita yang silap beli.

Gambar Hiasan / Pixabay

Sangat Tua: Bendi sangat tua ada lubang di tangkainya yang sudah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Bendi sudah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh hendak makan sebab bendi sudah rasa macam bersepah dan tiada rasa apa-apa.

Gambar Hiasan / Pixabay

Tua Bangka: Bendi tua bangka yang ini 100% buah sudah bertukar warna jadi coklat dan kering. Bendi tahap ini akan disimpan untuk buat benih.

Kesimpulannya, yang tiada lubang udara di tangkai itu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila sayur bendi semakin tua.

Gambar Hiasan / Pixabay

Semoga bermanfaat dan lepas ini bolehlah anda membeli bendi tanpa mematahkan hujung tangkainya.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI