Semua orang idamkan pekerjaan yang seronok dan bergaji lumayan, kalau boleh hendak duduk-duduk dan sembang-sembang mengecam pun sudah bergaji lumayan.
Tetapi dalam dunia, mana ada angan-angan mat jenin yang macam itu kerana semua orang kena berusaha mencari rezeki, dan dengan itu baru boleh memperoleh pendapatan lumayan.
Walaupun pekerjaan itu hanya sebagai pemungut sampah.

Seorang pemuda dari Malaysia baru-baru ini mendedahkan yang dia bekerja sebagai pemungut sampah di Singapura dan berkongsi gajinya meraih hampir RM10,000 sebulan.
Rakaman video TikTok yang dimuat naik memaparkan rutin hariannya yang bekerja sebagai pemungut sampah di Singapura telah menarik perhatian ramai.

Pengguna TikTok itu @ezzaiky7 berkata dia bersyukur walaupun tiada pelajaran tinggi tetapi mendapat kerja yang bergaji tinggi dan rezeki lebih luas di negara orang.

Pemuda yang gigih mencari rezeki di perantauan ini kelihatan sangat gembira melakukan pekerjaannya itu tanpa mengeluh sungguhpun ia adalah kerja yang kotor.
Menurut pendedahan pemuda ini dalam video itu, purata gaji sebagai pemungut sampah di Singapura boleh mencecah antara RM6,000 hingga RM9,600.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan tentang pekerjaan itu dan berpendapat dengan nada perli mengecam gaji di Malaysia lebih mahal berbanding di Singapura.

Video yang tular ini telah menarik perhatian netizen yang memberi pendapat mereka mengenai pekerjaan itu:

Dengan ramai memberi pujian kepada pemuda ini yang begitu cekal hati mencari rezeki yang halal dan tidak malu mendedahkan kerjanya sebagai pemungut sampah kepada awam.




Apa-apa pun orang mahu berkata, yang penting kita mempunyai pekerjaan, mencari rezeki yang halal dan jujur dengan diri sendiri, berbanding mereka yang tidak berbuat apa-apa melainkan hanya pandai mengata dan mengecam.