30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGaya HidupMak cik ‘cleaner’ ini fasih bahasa Jepun, siap ajar delegasi Jepun cakap...

Mak cik ‘cleaner’ ini fasih bahasa Jepun, siap ajar delegasi Jepun cakap bahasa Melayu buat ramai tabik

Mempelajari bahasa asing adalah kompleks, kerana amat sukar sebenarnya untuk mencapai kefasihan seperti penutur asli melainkan anda tahu bahasa itu dengan baik dan kerap mempraktik dengan selalu bercakap.

Baru-baru ini, video seorang mak cik yang merupakan seorang pekerja pembersihan di Masjid Negara yang fasih berbahasa Jepun telah tersebar di pelbagai platform media sosial.

Facebook

Video tersebut pada mulanya dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Hanafi Damanhuri. Sin Chew Daily melaporkan, ketika itu Hanafi membawa sekumpulan delegasi dari Jepun melawat Masjid Negara.

Selepas mendengar sembang kumpulan itu, mak cik ini ingin tahu dan dengan yakin mendekati mereka lalu masuk mencelah.

Mak cik itu kemudian mula bercakap dengan mereka dalam bahasa Jepun secara sempoi dan hebat.

Facebook

Dalam video berdurasi 45 saat itu, anda boleh mendengar pertuturannya dengan lancar dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun semasa dia menerangkan perkataan dalam bahasa Melayu berselang-seli dalam tiga bahasa itu kepada mereka. Ketika itu mak cik ini juga sedang memegang mop.

“Sudah makan, sudah tidur. Anda hanya menambah perkataan ‘sudah’. Bahasa Melayu itu mudah,” terangnya kepada delegasi itu dalam bahasa Jepun dan Inggeris.

Facebook

Ramai netizen di ruangan komen terpesona dengan kemahirannya berbahasa asing.

“Mak cik yang hebat!”

“Mak cik ini mesti ejen perisik..”

Facebook

Netizen lain berkata, “Jangan menilai buku dari kulitnya. Buang rasa menghakimi orang lain dalam diri kita. Walaupun kerja mereka cleaner, tetapi percayalah kadang-kadang keadaan membuat mereka ‘terpaksa’ memilih kerja itu. Mereka ada yang berpelajaran tinggi dan berpengalaman luas. Tabik kepada mak cik ini..”

Facebook

Ada benarnya, kadang-kadang ada mak cik yang sudah pencen dulu kerja bagus pun sengaja buat kerja yang macam ini, hendak buat amal jariah, buang rasa bosan di rumah, atau banyak sebab lain yang dia suka, terhibur dan gembira kita tak tahu. 

Jadi, yang mudah kita puji dan hormat mak cik ini seorang yang hebat!

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI