30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024
UtamaBerita UtamaMahkamah Persekutuan kekal sabitan dan hukuman Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210...

Mahkamah Persekutuan kekal sabitan dan hukuman Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim berkata, Mahkamah Persekutuan tidak mendapati sebarang kekhilafan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Dalam penghakiman setebal 15 muka surat itu, beliau berkata, susulan keengganan pihak pembelaan untuk memfailkan sebarang hujahan, panel tiada pilihan lain selain memberi fokus kepada 94 alasan rayuan yang difailkan melalui petisyen sebelum ini.

Twitter

“Pertamanya Mahkamah Rayuan tepat berdasarkan fakta dan undang-undang dalam memutuskan bahawa Hakim Bicara Mahkamah Tinggi adalah tepat dalam menentukan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan.

“Keduanya, Mahkamah Rayuan tepat berdasarkan fakta dan undang-undang dalam memutuskan bahawa Hakim Bicara Mahkamah Tinggi telah melihat kesemua kes pembelaan,” katanya lagi.

Selain Tengku Maimun, panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Tengku Abang Iskandar Abang Hashim, serta Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.

Mengulas lanjut, Tengku Maimun berkata, panel lima hakim mendapati Hakim Bicara telah melakukan analisa terperinci serta berobjektif terhadap kesemua bukti untuk menyokong keputusan beliau pada akhir kes pendakwaan.

Twitter

“Kami gagal untuk melihat bagaimana dan di mana dapatan Hakim Bicara yang akhirnya membawa kepada keputusan akhir beliau, bahawa kes prima facie wujud, adalah satu kekhilafan.

“Hakim Bicara telah memutuskan dengan tepat kesemua intipati dalam setiap tujuh pertuduhan dipenuhi pada akhir kes pendakwaan. Maka keputusan untuk memanggil perayu membela diri adalah tepat,” katanya lagi.

Selanjutnya Tengku Maimun berkata, panel gagal untuk memutuskan bahawa mana-mana dapatan Mahkamah Tinggi, seperti yang dikekalkan Mahkamah Rayuan, adalah terkhilaf, sehingga memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan.

“Kami setuju bahawa hujahan pembelaan tidak konsisten sehingga gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan,” katanya lagi.

Tengku Maimun berkata panel lima hakim bersetuju sabitan ke atas perayu adalah selamat, dan denda serta hukuman yang dikenakan tidak berlebihan.

Dengan itu beliau berkata, permohonan perayu ditolak sebulat suara, dan sabitan serta hukuman disahkan.

Twitter

Bekas Perdana Menteri itu telah dibawa ke Penjara Kajang dengan diiringi pasukan polis pada jam 6.47 petang bagi proses pendaftaran sebelum menjalani hukuman penjara bermula hari ini, 23 Ogos 2022.

Terdahulu, Najib dilihat meninggalkan Istana Kehakiman, Putrajaya pada jam 5.40 petang dengan menaiki SUV Hyundai Santa Fe berwarna hitam menuju ke Penjara Kajang yang terletak di Sungai Jelok, Kajang.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI