26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaInspirasiDugaan si ayah terpaksa tolak motor pancit 10 kilometer ketika mencari pekerjaan...

Dugaan si ayah terpaksa tolak motor pancit 10 kilometer ketika mencari pekerjaan sambil ditemani anak kecil

Kisah ini walaupun berlaku beberapa tahun yang lalu, ia hanya sekadar renungan untuk kita yang sentiasa mengeluh walaupun hidup itu tidaklah sesusah mana.

Terdapat ramai insan di luar sana yang lebih berat bebanan dan ujian dalam kehidupannya, namun wajahnya masih dapat mengukir senyuman.

Begitulah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook dalam hantarannya tiga tahun lalu, ketika menceritakan kisah seorang bapa yang gigih mencari kerja di Pulau Pinang dengan menaiki motosikalnya dari Perak. Dan dalam perjalanan bersama anak kecilnya berusia 6 tahun, dia berdepan masalah tayar motosikalnya yang pancit.

Facebook

Ikuti perkongsian menyentuh hati oleh warganet dikenali Syed Hassen di laman Facebook Penang Kini:

Aku terjumpa atas jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau. Bapa bersama anak 6 tahun naik motosikal RC lama tengah panas terik. Dari Bagan Datuk, Perak datang ke Pulau Pinang hendak pusing-pusing cari kerja katanya. Anak lapan orang, umur abang ini dalam lingkungan hujung 40-an.

Dekat Bagan Datuk abang ni buat kerja-kerja kampung sahaja dan pendapatan dia memang tidak cukup.

Tadi terjumpa atas jambatan Pulau Pinang bawa motosikal Suzuki RC80 yang tayar belakang dia sudah pecah dan ada seorang budak umur 6 tahun dekat depan.

Aku minta hendak tumpangkan budak tu, tapi dia tolak. Mungkin abang ni takut aku bawa lari anak dia.

Facebook

Jadi aku bawa dia ke kedai motosikal dekat Jelutong untuk tukar tayar pancit. Separuh jalan sudah teruk sangat tayar dia.

Dekat lebih 10 kilometer dia tolak motosikal dan anak dia duduk dekat depan.

Aku bawa dia ke kedai motosikal tu untuk tukar tayar luar dan dalam. Dan selepas itu bawa dia dan anak pergi makan Nasi Kandar Deen.

Facebook

Aku minta nombor telefon bimbit dia. Bila aku buat panggilan, tiada bunyi. Lepas itu dia keluarkan telefon dia, rupanya bateri dah mati. Dia guna telefon bimbit jenama China yang paling termurah. Memang tekan pun plastik semata-mata.

Lepas bagi nombor telefon, dia teruskan perjalanan hendak balik katanya. Mungkin sudah penat dan letih sangat.

Aku cuma dapat tolong dia tukar tayar motosikal dan belanja makan. Semoga semua urusan dia dipermudahkan.

Facebook

Sedih betul teman dia tadi. Sepanjang duduk dengan abang ni, dia sentiasa tersenyum walaupun aku faham, dia datang dari jauh memang betul-betul memerlukan bantuan dan hendak bekerja.

Selepas kisah ini menjadi tular di Facebook tiga tahun lalu, ramai warganet yang telah menghubungi Syed dan abang ini kerana mahu menawarkan dia pekerjaan.

Facebook

Mungkin sekarang abang ni telah pun mendapat pekerjaan yang baik dan sesuai untuk menyara keluarga besarnya.

Apa yang penting dia telah berusaha demi keluarganya, dan syukur kerana di Malaysia ini masih ramai orang yang prihatin dan bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tidak kira di mana.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI