30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasiAnak sulung 11 tahun boleh diharap, mandikan adiknya yang masih bayi, memasak...

Anak sulung 11 tahun boleh diharap, mandikan adiknya yang masih bayi, memasak dan jaga ibu berpantang

Orang kata sejuk perut ibu mengandung. Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak menjadi insan berguna dan boleh meringankan sedikit beban mereka.

Mempunyai anak yang patuh, ringan tulang dan rajin membantu adalah satu kelebihan kepada ibu dan bapa.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tidak menunggu lama untuk berbakti kepada ibu bapanya.

Facebook

Menerusi paparan video TikTok berdurasi 19 saat, anak sulung Hafiy Altamis Haniffa, bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan ibunya termasuk memasak hidangan berpantang.

Di usia seawal itu, kebanyakan kanak-kanak lain sibuk dengan dunianya, menghabiskan masa bersama rakan-rakan mahupun bermain permainan video sehingga sukar jika ibu meminta bantuan.

Tetapi, anak lelaki bagi pasangan Siti Fauziah Masnan dan Haniffa Jhonasrol, mampu melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak walaupun yang berusia lapan tahun.

Facebook

Video TikTok itu meraih lebih 2.1 juta tontonan dan menerima hampir 100,000 tanda suka.

“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.”

Bercerita tentang anaknya itu, Fauziah berkata dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.

“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi mereka perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.

“Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.

“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya.

Fauziah yang juga ahli perniagaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.

“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah mahir bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.

“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.

“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mentua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.

“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.

Facebook

Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.

“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah mula sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.

“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.

“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.

“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.

“Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.

“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.

Facebook

Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, Fauziah bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap Sindrom William.

“Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.

Baguslah jika terdapat ramai ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka dengan cara begini. Banyak manfaat kehidupan yang mereka akan perolehi apabila dewasa kelak. Tidak kekok jika berada di mana-mana pun. Percayalah..

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI