30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya Hidup"Sahabat sejati begini.." Adegan dua rakan rapi tali pinggang dan kemas bersih...

“Sahabat sejati begini..” Adegan dua rakan rapi tali pinggang dan kemas bersih baju kawan di depan tandas sekolah sentuh hati ramai

Keprihatinan dua orang sahabat yang membantu rakan mereka membuka tali pinggang untuk membuang air ketika di hadapan tandas sekolah telah menyentuh hati ramai, dan gambar mereka yang berjaya dirakam seorang guru sekolah di Sarawak ini kini menjadi tular.

Babak menyentuh hati ini dirakamkan oleh seorang guru Sylvester Ronny Pulene di Sekolah Kebangsaan (SK) Sg. Kapit, selepas waktu rehat ketika hendak menuju ke kelas.

“Sempat menyaksikan erti persahabatan yang sebenar, pementas enggau kaban (kasih sayang terhadap sahabat),” tulis Cikgu Sylvester dalan hantarannya di Facebook.

Sylvester Ronny Pulene / Facebook

“Kedua-dua sahabat itu membantu membuka tali pinggang dan apabila selesai, mereka turut merapi dan mengemaskan semula pakaian sekolah kawan itu yang dikenali sebagai J,” kata guru itu.

Selepas itu mereka berpimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang, tulis guru itu yang amat tersentuh hati dalam hantarannya.

Guru ini berkongsi momen itu dengan memuat naik gambar adegan menghangatkan hati sebagai bukti babak persahabatan tulus ikhlas tiga sahabat sejati itu telah benar-benar berlaku.

Kata Cikgu Sylvester dalan hantaran itu, murid J itu merupakan seorang anak murid yang agak istimewa kerana dia mempunyai ramai rakan dan amat disayangi oleh kesemua mereka.

“Dia ini bekas murid saya di prasekolah, Dia masih tidak pandai mengurus diri sendiri. Bahkan semasa di Tahun Satu, dia masih lagi menggunakan pampers. Tapi mungkin hari ini dia tidak pakai pampers,” katanya.

Sylvester Ronny Pulene / Facebook

“Percakapan dia pun tak berapa jelas dan agak perlahan. Namun yang membuatkan saya bangga kerana dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin,” tambahnya.

Cikgu Sylvester juga memberitahu, rakan-rakan sekelas J juga sanggup berbaris untuk mengambil makanan RMT untuknya di kantin sekolah.

“J seorang yang sangat peramah walaupun dia agak berbeza dan perlahan dalam kelas. Tetapi pendek kata, semua rakan sekelas dia memberikan perhatian walaupun mereka itu semua baru berusia tujuh tahun,” katanya.

Perkongsian Cikgu Sylvester di Facebook telah menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular dengan lebih 9,000 perkongsian dan 15,000 warganet yang suka ketika artikel ini ditulis.

Rata-rata warganet memberi ucapan tahniah kepada para ibu bapa dan guru buat semua murid sekolah terbabit kerana telah berjaya mendidik anak-anak yang masih kecil ini menjadi seorang insan yang baik dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Sylvester Ronny Pulene / Facebook

“Terharu membaca kisah anak-anak murid ini. Nilai seperti inilah yang harus kita kekalkan dan didik dalam diri anak-anak muda generasi sekarang. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan guru yang telah membesarkan dan mendidik mereka semua dengan betul,” seorang warganet dengan komennya.

“Gembira tengok gambar macam ni..” komen seorang yang lain.

“Akan menjadi kenangan terindah apabila mereka sudah dewasa nanti,” tulis warganet ini.

Pendek kata bertuah adik ini, dia seorang yang peramah dikelilingi ramai kawan yang kesemuanya baik hati, tambah yang paling menyentuh hati apabila kawan-kawan tu menunjukkan sifat sahabat sejati, yang bersedia melindungi dan prihatin bermula sejak kecil. 

Apabila dewasa kelak, sudah pasti anak-anak ini boleh menjadi insan yang hebat, terbaik dan tahniah!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI