31 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaInspirasiHanya RM10 untuk semburan asma, tetapi lelaki ini rasa bersyukur dan diberkati...

Hanya RM10 untuk semburan asma, tetapi lelaki ini rasa bersyukur dan diberkati ketika pekerja asing jujur minta bantuannya

Apabila seorang tidak dikenali datang meminta wang kepada anda, perkara pertama yang dilakukan ialah perlu berhati-hati atau menjauhkan diri kerana zaman sekarang siapa sahaja boleh menjadi scammer atau penipu.

Seorang pengguna Facebook, Albert Ling berkongsi kisah tentang bagaimana dia didekati oleh seorang pekerja asing yang meminta wang. Kisah Albert sejak itu telah dikongsi hampir 5,000 pengguna di Facebook.

Hantaran Albert pada 17 Julai itu menceritakan bagaimana seorang pekerja asing mendekatinya ketika dia berada di dalam kereta.

Ketika itu waktu malam dan Albert berada di dalam keretanya yang diparkir sebentar, untuk melihat telefon pintarnya, apabila tiba-tiba seorang pekerja asing datang dan mengetuk tingkapnya.

Facebook

Pada mulanya dia berhati-hati, sambil melihat lelaki itu berpeluh dengan banyak, jadi dia menutup tingkapnya. Dalam percakapan Bahasa Melayu yang terhad, lelaki itu merayu supaya Albert boleh memberinya RM10 supaya dia boleh membeli barang yang dipegang di tangannya.

“Ia adalah satu benda yang sangat saya kenali, semburan asma. Saya menghidap asma sejak kecil, dan melihat lelaki itu, saya boleh agak apa yang berlaku kepadanya,” tulisnya.

Pada masa itu, Albert memikirkan banyak perkara. Di satu pihak, dia merasakan ia adalah satu penipuan, tetapi mungkin sebaliknya, lelaki itu betul-betul sedang menderita asma, jadi dia sangat memerlukan semburan itu. Albert lebih memikirkan akibatnya: jika ia satu penipuan, maka dia hanya akan kehilangan RM10, tetapi jika ia benar, ia boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Jadi, Albert tidak keberatan memberinya wang RM10.

Selepas mengambil wang kertas itu, pekerja asing berkenaan berlalu pergi, dan Albert terus menatap telefonnya. Tidak lama kemudian, pekerja asing itu mengetuk tingkapnya sekali lagi dan menunjukkan kepadanya yang dia telah membeli semburan asma.

Lelaki warga asing itu datang kembali kerana mahu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya sebelum mahu berlalu pergi.

Albert terkejut dan tanpa berfikir panjang, dia terus keluar dari kereta dan bergegas mendapatkan lelaki itu untuk bertanya kepadanya mengapa dia tidak mempunyai wang.

Gambar Hiasan / Pixabay

Lelaki itu memberitahu dia telah berada di Malaysia selama 6 bulan dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Tropicana dengan gaji RM1,600 sebulan. Majikannya tidak membayar gaji selama 2 bulan dan memberitahu dia akan diberikan pekerjaan lain, jadi dia perlu menunggu di asrama.

Setelah 2 minggu menunggu, masih tiada kerja baru, dan semburan asmanya telah habis, lalu dia terpaksa berjalan lebih 3 kilometer dari Pelangi Damansara ke Kota Damansara. Apabila dia mendapati tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli semburan itu, dia bertanya kepada orang ramai sama ada mereka boleh memberinya sedikit wang.

Kebanyakannya mengelak, manakala ada yang memarahinya kerana dia tidak bekerja dan hanya meminta wang. Albert bertanya kepadanya sama ada lelaki itu sudah makan, dan jawapannya sudah beberapa hari dia tidak makan. Mendengarkannya, Albert yang baik hati kemudian membawanya untuk makan malam.

Semasa sedang makan, lelaki warga asing itu bertanya kepada Albert jika ada pekerjaan yang boleh diberikan kepadanya. Bagaimanapun, Albert berkata peraturan menggaji pekerja asing sangat rumit, jadi dia tidak tahu bagaimana cara untuk membantunya. Tetapi, Albert memberikan nombor telefonnya supaya dia boleh menghubunginya apabila memerlukan bantuan.

Sebelum beredar, Albert juga memberi sedikit wang kepada lelaki itu.

“Dia memandang saya, ke langit dan kemudian kepada saya lagi. Apabila dia berjalan pergi, dia terus memandang ke langit, dan saya rasa dia berterima kasih kepada Tuhan ketika itu. Saya juga berharap dia dapat mengharungi masa sukarnya dan tidak akan menghadapi sebarang kesulitan yang lebih berat,” tulisnya.

Albert amat bersyukur kerana pekerja asing itu kembali dan mengucapkan terima kasih kepadanya selepas membeli ubat asmanya. 

Gambar Hiasan / Pexels

“Terima kasih kerana membenarkan saya membeli semburan asma itu untuk kamu. Saya rasa saya adalah orang yang diberkati,” tulis Albert dalam hantaran itu.

Dalam kemas kininya, Albert berkata dia berjaya membantu mendapatkan pekerjaan baharu untuk pekerja asing itu.

Satu perkara kebaikan itu walaupun kecil sudah pasti mampu mengubah kehidupan seseorang sekiranya kita ikhlas dan bersangka baik. Jadi bantulah orang lain yang benar-benar memerlukan apabila kita mampu berbuat demikian.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI