33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupSuami ini membuktikan bahawa kemas rumah sendiri adalah kunci kebahagiaan hidup berkeluarga

Suami ini membuktikan bahawa kemas rumah sendiri adalah kunci kebahagiaan hidup berkeluarga

Lelaki ini bukanlah seorang suami yang hanya duduk di rumah atau pun bekerja dari rumah, namun dia masih meluangkan masa untuk mengemas rumah sendiri. David Lockridge, biarpun sibuk dengan kerja hakiki di syarikat pengedaran, dia sentiasa ada masa untuk mengemas rumahnya sendiri. Katanya, itu adalah kunci kebahagiaan hidup berkeluarga.

David dibesarkan oleh ibunya yang merupakan suri rumah tangga sepenuh masa kepada tiga orang anak lelaki. Jadi tidak hairanlah jika darah yang mengalir dalam tubuhnya itu menjadikannya seorang lelaki yang rajin, pembersih dan bertimbang rasa. Buktinya, dia tidak sedikit pun kekok melakukan kerja-kerja mengemas rumah.

David bukan sahaja mengemas bilik tidurnya, merapikan meja solek isterinya tetapi dia juga akan mengemas bilik tidur anak-anaknya setiap hari. Mengelap perabot, membersihkan hamparan, mewangikan bilik, semuanya dilakukan dengan hati yang senang.

David bukan sekadar mengemas rumah tetapi dia masih mampu meluangkan masa untuk memasak, berhiburan dan menyediakan koktel untuk isteri tercinta! Menariknya lagi, David juga menyediakan persiapan mandian untuk isterinya. Bertuah betul si isteri kerana bersuamikan lelaki yang sangat baik seperti David.

Isteri dan anak-anak begitu menghargai setiap perkara yang dilakukan oleh David. Mereka berasa disayangi dan bahagia sekali.

David mahu membuktikan cara hidup yang diamalkan itu bukanlah kerugiaan bagi seorang lelaki mahu pun ayah tetapi itu adalah kunci kebahagiaan hidup berkeluarga yang paling mudah. Bukan wang yang menjadi ukuran tetapi nilai-nilai murni yang ditunjukkan kepada ahli keluarga adalah lebih penting mengatasi perkara-perkara lain di dunia ini.

Ayuh, para suami di luar sana, cuba luangkan masa untuk melakukan sesuatu perkara baharu seperti mengemas rumah tanpa diminta oleh isteri. Mungkin anda boleh mulakan dengan memasukkan pakaian yang telah anda pakai ke dalam bakul baju yang telah disediakan dan bukannya campak ke mana-mana sahaja yang anda suka seperti yang anda selalu lakukan. Percayalah, perkara sekecil ini amat bermakna buat si isteri. Dia pasti akan berterima kasih kepada anda kerana telah mengurangkan sedikit bebanan kerja-kerja rumah.

Selain itu, anda juga boleh perlahan-lahan bantu isteri anda di dapur seperti mengelap meja selepas makan lebih-lebih lagi jika ada kuah yang tertumpah di atas meja dan buang terus sisa makanan ke dalam tong sampah. Jika anda tidak mahu membasuh kuali atau periuk di dalam singki setidak-tidaknya basuhlah pinggan dan cawan yang telah digunakan itu.

Hidup berkeluarga akan menjadi lebih bermakna sekiranya semua ahli keluarga tahu akan tanggungjawab masing-masing dan mempunyai sifat bertimbang rasa. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI