27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasiHidup bersendirian selama 50 tahun, jiran ambil berat bagaikan keluarga sendiri

Hidup bersendirian selama 50 tahun, jiran ambil berat bagaikan keluarga sendiri

Kehilangan anak tercinta adalah pengalaman yang cukup memeritkan hati, apatah lagi jika anda sudah tidak mempunyai sesiapa di dunia ini. Itulah yang ditanggung oleh seorang warga emas Thailand apabila dia mengharungi hidup bersendirian selama 50 tahun sejak kematian anaknya. Namun, syukurlah terdapat seorang jiran yang memutuskan untuk menjaga wanita ini seperti neneknya sendiri.

Seperti yang dilaporkan oleh udnbkk, Basarat, 27 tahun dikatakan telah menjaga nenek yang berusia 90 tahun ini selama 10 tahun selepas mendapati nenek ini hidup bersendirian. Nenek yang sudah lanjut usia ini kehilangan anaknya yang berusia 19 tahun ketika itu dan kemudiannya hidup bersendirian selama 50 tahun.

Menurut laporan itu juga, nenek ini meneruskan kehidupannya dengan bergantung sepenuhnya pada wang simpanannya dan menguruskan dirinya sendiri. Tetapi disebabkan usianya telah lanjut disamping menanggung penyakit yang dihidapinya, dia memerlukan pertolongan dari Basarat demi mendapatkan bantuan perubatan. Ada masanya apabila nenek ini mengalami kesukaran untuk bernafas, gatal-gatal pada hidung dan tekanan darah yang tinggi di tengah malam, dia terpaksa mengetuk pintu rumah Basarat untuk mendapatkan pertolongan.

Basarat yang sememangnya seorang lelaki yang baik hati itu tidak langsung berasa terbeban malah dengan sedaya upaya dia menolong nenek itu dengan kudratnya sendiri. Basarat juga ada meminta pertolongan daripada ketua kampung apabila dia memerlukan bantuan lanjut untuk menguruskan nenek itu.

Namun, pertolongan tersebut tidak dapat diteruskan apabila Basarat terpaksa berpindah atas faktor peribadi. Ketika dia memberitahu nenek itu akan hasratnya untuk berpindah, nenek tersebut menangis! Basarat sungguh berasa bimbang akan nenek tersebut namun berharap agar penduduk setempat dapat menjenguk nenek biarpun mereka tidak duduk berhampiran dengan rumah nenek.

Hati mana yang tidak sayu dengan perpisahan apabila sudah lama bersama. Basarat tidak mampu menanggung rindu kerana baharu sahaja seminggu berpindah ke tempat baharu, dia pulang untuk menziarahi nenek tersebut. Basarat berjanji untuk menziarahi nenek tersebut dengan lebih kerap dan akan membawa anak-anaknya untuk berjumpa dengan nenek kelak.

Terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan Basarat, nenek ini berharap agar satu hari nanti Basarat akan membawa dia untuk tinggal bersama dengannya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI