Sejajar dengan peralihan fasa endemik COVID-19, kerajaan bersetuju untuk membuka dengan sepenuhnya sempadan Malaysia bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi bermula 1 April 2022.
Laluan untuk pekerja yang berulang-alik secara harian melalui sempadan negara juga telah dibuka, dan dipermudahkan dengan pemansuhan kuarantin, dan tidak perlu menjalani ujian RTK/PCR pada pra-pelepasan dan ketibaan.
Pembukaan semula sempadan ini telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Berikut dikongsikan prosedur kemasukan ke Malaysia bermula 1 April 2022.
Prosedur masuk ke Malaysia bermula 1 April 2022:

Sebelum berlepas:
1.Muat turun aplikasi MySejahtera dengan mendaftar dan mengaktifkannya.
2. Lengkapkan borang deklarasi perjalanan sebelum berlepas termasuk maklumat vaksinasi (borang ‘pra-pelepasan’ melalui ikon ‘Pelancong’ di MySejahtera)
- Lengkap Divaksinasi : Kad Pengembara Digital akan diberikan (biru).
- Tidak Lengkap Vaksinasi : Perintah Kuarantin (HSO) digital akan diberikan (merah).
Bagi pengembara yang tiada paparan kad pengembara atau arahan HSO, mereka tidak dibenarkan meneruskan perjalanan.

3. Lakukan ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas bagi pengembara 7 tahun ke atas, dan laporkan dengan memuat naik keputusan itu.
Bekas pesakit COVID-19 (jangkitan 6-60 hari sebelum berlepas), perlu melaporkan dan menjalani RTK-Antigen profesional sebelum memuat naik keputusan.
4. Pastikan telah memiliki polisi insurans COVID-19 dan pengembaraan bagi pengembara bukan warganegara.
Nyatakan alamat tempat penginapan di Malaysia.

Selepas ketibaan (di Pintu Masuk Antarabangsa)
1. Lakukan ujian RTK-Ag profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
2. Jalani kuarantin selama 5 hari bagi yang tidak lengkap vaksin atau tidak divaksin.
3. Ujian RTK-Ag kendiri.
4. Ujian RTK-Ag profesional boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan.
5. Ujian nafas pengesanan COVID-19 (breathalyser test) ATAU RTK-Ag profesional turut disediakan semasa ketibaan di lapangan terbang.
6. Kos RTK-Ag profesional ditanggung pengembara.
7. Kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah dikecualikan daripada ujian RTK-Ag profesional.

Prosedur bagi pengembara pada hari ketibaan bermula 1 April 2022.
Untuk memudahkan perjalanan dan urusan pengembara, perkara di bawah akan dimansuhkan kepada pengembara yang akan memasuki Malaysia bermula 1 April 2022:
1.Permohonan kuarantin di rumah
2.Gelembung pelancongan Pulau Langkawi
3.Penjejak digital
4.Senarai negara berisiko tinggi
5.Ujian PCR dari KKM di KLIA
6.MyTravelPass
7.Program OSC (one Stop Centre) di bawah MIDA

Operasi saringan COVID-19 oleh fasiliti kesihatan swasta masih dijalankan kerana pengembara mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag profesional atau ujian nafas pengesanan (breathalyser) sebaik tiba di lapangan terbang.
Pembukaan Sempadan Darat Malaysia – Singapura
Pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat Malaysia dan Singapura bermula 1 April 2022.

Pengembara yang telah lengkap vaksinasi TIDAK PERLU lagi:
Memohon kelulusan kemasukan.
Menjalani kuarantin.
Melakukan pengujian COVID-19 sebelum berlepas.
Melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan.
Keistimewaan ini diberi kepada semua pengembara yang menggunakan pengangkutan darat tanpa mengira jenis kenderaan.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: