26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
UtamaGlobalBruce Willis umum bersara selepas disahkan menghidap afasia

Bruce Willis umum bersara selepas disahkan menghidap afasia

Wira aksi dan bintang francais “Die Hard” Bruce Willis akan bersara daripada bidang lakonan selepas disahkan menghidap penyakit kognitif, keluarganya mengumumkan pada 30 Mac.

Dalam hantaran di Instagram, wakil keluarga Rumer Willis mengumumkan bapanya menghidap afasia, iaitu penyakit yang disebabkan kerosakan saraf otak dan melumpuhkan keupayaan seseorang untuk berkomunikasi.

“Bruce telah mengalami beberapa masalah kesihatan dan baru-baru ini telah didiagnosis dengan afasia, yang memberi kesan kepada kebolehan kognitifnya,” jelas hantaran itu.

Bintang Hollywood Bruce Willis (Gambar oleh Mario Anzuoni / Reuters)

“Akibat daripada ini dan dengan banyak pertimbangan, Bruce memutuskan untuk meninggalkan kerjaya yang sangat bermakna buat dirinya.”

Afasia biasanya disebabkan oleh strok atau kecederaan kepala, walaupun dalam kes yang lebih jarang berlaku boleh datang secara beransur-ansur dan progresif.

Keadaan ini menjejaskan keupayaan seseorang bukan sahaja untuk bertutur dan memahami percakapan atau komunikasi lisan orang lain tetapi juga kesukaran membaca dan menulis.

The Los Angeles Times melaporkan beberapa persoalan mengenai ingatan jangka pendek Bruce Willis yang baru-baru ini diperkatakan.

Akhbar itu menyedari Bruce Willis tidak berada di Oscar pada Ahad lalu apabila beberapa bintang “Pulp Fiction” termasuk Samuel L. Jackson, Uma Thurman dan John Travolta, naik ke atas pentas.

Bruce Willis mula menjadi bintang Hollywood popular sejak tahun 1980-an, apabila mendapat perhatian umum dalam siri televisyen  “Moonlighting”.

Tetapi watak wira John McClane dalam lima filem “Die Hard” menjadikannya bintang utama pawagam yang mencetuskan kerjaya gemilang menjana berbilion dolar dalam pencapaian box office.

Instagram

Bruce Willis, yang pada bulan ini berusia 67 tahun, memberikan suaranya untuk bayi comel dalam filem popular tema keluarga “Look Who’s Talking”.

Satu lagi peranannya yang paling terkenal ialah sebagai orang mati yang boleh dilihat oleh pelakon kanak-kanak Haley Joel Osment dalam “The Sixth Sense.” 

Aktor Bruce Willis membintangi 100 filem sepanjang empat dekad dan pernah memenangi anugerah satu Golden Globe dan dua Emmy selama kariernya.

Hantaran Instagram yang mengumumkan berita persaraannya ditandatangani oleh isteri Willis, Emma Heming Willis, serta bekas isterinya, aktres Demi Moore, dan anak-anak mereka Rumer, Scout, Tallulah, Mabel dan Evelyn.

“Ini adalah masa yang sangat mencabar buat keluarga kami dan kami sangat menghargai kasih sayang, rasa simpati dan sokongan berterusan anda,” tambah hantaran itu.

“Kami bergerak melalui cara ini sebagai satu unit keluarga yang kuat, dan mahu membawa peminatnya turut bersama kerana kami tahu betapa dirinya amat bermakna buat anda semua, seperti mana yang anda lakukan kepadanya.

“Seperti yang Bruce sering katakan, ‘Nikmati Hidup’ dan bersama-sama kami merancang untuk melakukan perkara itu.”

Instagram

Menurut Mayo Clinic, penyebab afasia yang biasa adalah kerana strok dan kecederaan di kepala. Sebarang daripada keadaan berikut boleh dianggap afasia:

  • Ketidakupayaan untuk memahami pertuturan. 
  • Ketidakupayaan untuk membaca.
  • Ketidakupayaan untuk menulis.
  • Ketidakupayaan untuk bertutur, tanpa lumpuh otot.
  • Ketidakupayaan untuk membentuk ayat.
  • Ketidakupayaan untuk menamakan objek.
  • Lemah sebutan. 
  • Pertuturan tidak bersesuaian, penggunaan jargon atau perkataan yang salah.
  • Ketidakupayaan untuk mengulang ayat.
  • Pengulangan ayat yang tegar.
  • Sebarang kecacatan penggunaan bahasa yang lain.

Kesan afasia adalah berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain, dan sesetengah penghidap afasia boleh dibantu dengan bantuan terapi pertuturan. Berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat juga boleh dilakukan untuk berkomunikasi dengan penghidap afasia.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI