34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobalChina tutup bandar berkepadatan 4.5 juta penduduk ekoran peningkatan kes Covid-19

China tutup bandar berkepadatan 4.5 juta penduduk ekoran peningkatan kes Covid-19

China sekali lagi melaksanakan ‘lockdown’ di sebuah bandar yang berkepadatan 4.5 juta penduduk ekoran wabak Covid-19 yang semakin teruk.

Hal ini walau bagaimanapun menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk tempatan tentang sejauh mana keberhasilan tindakan kerajaan tersebut. Mereka juga telah menyalahkan pekerja kesihatan yang dikatakan telah menyebabkan berlakunya jangkitan di wilayah tersebut.

Changchun, ibu kota wilayah Jilin di timur laut China dikatakan sedang terjejas teruk ekoran wabak Covid-19 kali ini dan telah ditutup sepenuhnya sejak 20 Mac lalu untuk mencapai matlamat “bebas COVID” dalam tiga hari.

Memandangkan Jilin juga merupakan hab perindustrian dan mempunyai banyak kilang membuat kereta, pakar percaya tindakan penutupan kali ini akan mengganggu industri automobil global yang sudah bergelut dengan rantaian bekalan yang terganggu disebabkan oleh pandemik.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan rejim China, 2,027 kes baharu telah dilaporkan pada 20 Mac, di mana Wilayah Jilin mempunyai kes paling banyak, dengan 1,542 kes baru dikesan, termasuk 1,079 di Changchun dan 452 di bandar Jilin. Setakat ini, jumlah kes yang disahkan di Wilayah Jilin telah melebihi 10,000.

Disebabkan oleh amalan Parti Komunis China (PKC) yang menyekat maklumat yang menjejaskan imej rejim, ramai yang mempersoalkan angka sebenar kes yang dikatakan jauh lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan.

Pada 19 Mac, pihak berkuasa wilayah Jilin mengumumkan bahawa di Changchun, sebuah bandar berkepadatan 4.5 juta penduduk, akan menjalankan operasi “pembersihan” untuk menjalankan ujian asid nukleik seluruh bandar selama 3 hari, menutup semua kediaman serta menutup lalu lintas. Langkah ini dilaksanakan berikutan lawatan Naib Perdana Menteri China, Sun Chunlan ke bandar itu pada 14 Mac, di mana beliau menuntut agar “pembersihan dinamik Covid-19” dilakukan secepat mungkin.

Seorang kakitangan bernama Zhao yang bekerja di sebuah hotel di Daerah Changchun Lvyuan, memberitahu edisi bahasa Cina The Epoch Times pada 21 Mac bahawa hotel itu diduduki secara eksklusif oleh kakitangan perubatan, dan hampir semua hotel di Changchun telah diminta oleh kerajaan untuk usaha pembendungan pandemik.

“Bandar Changchun kini ditutup sepenuhnya. Hanya kenderaan kecemasan seperti ambulans boleh bergerak. Mereka berkata bahawa wabak itu boleh dibersihkan dalam masa tiga hari. Adakah ia boleh? Terdapat lebih daripada 10,000 orang (yang dijangkiti). Tiada siapa boleh beritahu. Kerajaan juga tidak boleh,” kata Zhao.

Wang Min (bukan nama sebenar), seorang penduduk di kompleks perumahan pekerja, memberitahu The Epoch Times bahawa puluhan penduduk telah disahkan positif, termasuk isterinya, yang telah dibawa ke pusat kuarantin pada 18 Mac.

Katanya, sebelum ini isterinya telah melakukan empat ujian asid nukleik yang kesemuanya negatif.

“Saya memberitahunya untuk tidak turun ke bawah untuk melakukan ujian kerana ramai orang menunggu untuk diuji dan ia berbahaya. Tetapi sekolah anak kami memerlukan keputusan ujian ibu bapa. Jadi isterinya turun ke bawah dan beratur untuk ujian asid nukleik kelima. Keputusan ujian adalah tidak normal. Dan dalam ujian susulan, dia disahkan positif pada 15 Mac.

Wang berkata bahawa isterinya dimasukkan ke dalam bas bersama orang lain yang dijangkiti dan tidak dijangkiti. Dia kemudian dimasukkan ke dalam hospital bergerak, berkongsi bilik dengan 30 hingga 50 orang. Dia berada di sana selama berhari-hari, tetapi belum diuji atau diberi sebarang rawatan, katanya. Begitu juga dengan pesakit lain di sana.

Wang percaya bahawa sebab utama penularan yang semakin teruk di Changchun adalah ujian asid nukleik yang ‘huru-hara’ yang dijalankan oleh pekerja kesihatan yang katanya menyebabkan jangkitan silang. Di samping itu, pihak berkuasa tidak mengambil sebarang langkah berkesan untuk menjaga mereka yang sudah disahkan positif, katanya.

Kesan Industri Automobil China

Memandangkan Jilin merupakan pusat industri automobil China yang penting, jadi wabak dan pelaksanaan penutupan bandar telah menjejaskan industri ini dengan teruk. Kedua-dua, Toyota dan kilang pembuatan Volkswagen di Changchun telah menggantung pengeluaran selama-lamanya dan ditutup sejak 14 Mac.

Frank Xie, seorang profesor di University of South Carolina, memberitahu VOA bahawa penggantungan semasa kilang-kilang di Jilin ini berkemungkinan akan terus melanda rantaian bekalan auto global, yang sudah berhadapan dengan gangguan bekalan disebabkan wabak itu.

“Masalah di Jilin kali ini akan memberi kesan jangka panjang kepada pengeluaran dan pembuatan kereta global, malah kepada pasaran kereta terpakai. Penutupan bandar (mungkin) akan berlangsung selama beberapa bulan, jadi kesannya akan menjadi sangat besar.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI