31 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGlobalVeteran tentera udara dipaksa memilih antara mendapatkan vaksinasi atau dibiarkan menerima ajal

Veteran tentera udara dipaksa memilih antara mendapatkan vaksinasi atau dibiarkan menerima ajal

Chad Carswell menyertai Tentera Udara Amerika Syarikat ketika usianya hampir 18 tahun, menceritakan hari-hari beliau berkhidmat di sempadan Qatar semasa serangan udara tentera negaranya ke atas Al-Qaeda dan Taliban ketika tindak balas Amerika Syarikat terhadap serangan pengganas pada 11 September 2001.

Carswell mengakui tidak menyangka akan mendapati dirinya berada di dalam pertempuran hanya beberapa minggu selepas menyertai kem latihan. Ada yang lain baru mendaftar telah pergi bertempur sebelum menamatkan latihan, tetapi Carswell berkata kerja kemanusiaan dengan pelarian “menyedarkan dia betapa dirinya diberkati “—maka dia terus tinggal untuk membantu.

Malangnya, sesetengah rakyat Amerika Syarikat tidak menunjukkan rasa belas kasihan yang sama di atas jasa dan bakti Carswell.

Pembedahan pemindahan buah pinggang di Hospital Johns Hopkins pada 26 Jun 2012 di Baltimore, Maryland. (Gambar oleh BRENDAN SMIALOWSKI/AFP/GettyImages)

Apabila veteran Tentera Udara berusia 39 tahun itu mendedahkan kepada umum baru-baru ini mengenai dia ditolak oleh Hospital North Carolina untuk pemindahan buah pinggang yang sangat diperlukan kerana enggan mendapatkan vaksin COVID-19, dia menerima serangan di media sosial— malahan ada yang terang-terang menyatakan harapan agar dia mati.

Berita baik juga diterimanya kerana terdapat ramai orang menghantar sokongan untuk Carswell, cukup untuk penyelaras di Medical City Fort Worth Transplant Institute di Texas untuk mengetahui tentang nasib Carswell dan menawarkan untuk memasukkannya ke dalam senarai calon di fasiliti itu untuk pemindahan buah pinggangnya.

Hospital kini sedang melalui proses mencari padanan penderma untuk Carswell, yang buah pinggangnya telah merosot kepada hanya 4 peratus fungsi sepanjang masa dia mencari hospital yang akan menerimanya tanpa vaksin COVID-19.

Sokongan kemudahan pemindahan di Fort Worth jauh berbeza daripada kedudukan teguh yang diambil oleh Pusat Perubatan Atrium Health Wake Forest Baptist di Winston-Salem, bahawa mereka tidak akan mempertimbangkan Carswell untuk pemindahan organ buah pinggang sehingga dia diberi vaksinasi COVID-19.

“Mereka memberitahu saya sama ada mengambil vaksin atau anda akan mati,” kata Carswell kepada The Epoch Times.

Hospital yang lain juga telah membuat keputusan yang sama.

Pada bulan Januari, Hospital Wanita Brigham menolak pemindahan jantung David Ferguson yang berusia 31 tahun, kerana dia masih tidak diberi vaksin.

Dan sebelum ini, pada bulan Oktober, UCHealth mengeluarkan Leilani Lutali, 56 tahun dari Colorado Springs daripada senarai menunggu untuk pemindahan buah pinggang kerana dia tidak akan mendapatkan suntikan vaksin.

Setiap hospital berkata sebab memerlukan vaksin COVID-19 adalah kerana risiko tinggi pesakit pemindahan yang sudah lemah imun dijangkiti penyakit itu tanpa vaksin.

Mereka juga berkata perlu mengikuti standard protokol yang ditetapkan oleh organisasi pemindahan kebangsaan, yang dinamakan secara khusus sebagai ‘American Society of Transplantation’ (AST) dan ‘United Network of Organ Sharing’ (UNOS).

Kedua-dua organisasi menyenaraikan gergasi pembuatan vaksin Sanofi, yang bekerjasama dengan kedua-dua Pfizer dan Johnson & Johnson untuk menghasilkan vaksin COVID-19.

Penaja korporat ATS juga termasuk gergasi vaksin Merck, CSL Behring, yang bekerjasama dengan AstraZeneca untuk menghasilkan vaksin COVID-19, dan Novartis, yang seperti Sanofi bekerjasama dengan Pfizer untuk menghasilkan vaksin COVID-19.

Pada 2019, ATS juga menyediakan Hospital Wanita Brigham, yang menafikan Ferguson mendapatkan pemindahan jantungnya kerana tidak diberi vaksin, dengan geran tanpa had.

Dalam satu kenyataan bersama ‘The International Society for Heart and Lung Transplantation’ (ISHLT) dan ‘American Society of Transplant Surgeons’ (ASTS), ATS menyatakan mereka amat mengesyorkan “semua kanak-kanak dan calon pemindahan organ dewasa dan penerima yang layak diberi vaksin dengan vaksin COVID-19, yang diluluskan atau dibenarkan dalam bidang kuasa mereka.”

Mereka mengesyorkan sejumlah tiga suntikan dos untuk semua penerima pemindahan organ.

UNOS juga mengeluarkan kenyataan kepada The Epoch Times yang menekankan hospital pemindahan bebas menerima pakai polisi mereka sendiri berhubung status vaksinasi pesakit.

“Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan pemindahan di pusat alternatif. Bagaimanapun, syaratnya mungkin sama,” menurut  Anne Pashke, pakar perhubungan perubatan untuk UNOS dalam satu kenyataan bertulis kepada The Epoch Times.

Unos menerima 10 peratus daripada pembiayaannya daripada belanjawan cukai persekutuan.

Amalan hospital menafikan pemindahan menyelamatkan nyawa pesakit atas status vaksin mereka menjadi begitu berleluasa sehingga bulan lalu, apabila ahli Republikan Virginia Ben Cline memperkenalkan rang undang-undang persekutuan yang menyeru larangan ke atas semua hospital di Amerika Syarikat daripada menafikan sesiapa yang dianggap tidak menerima vaksin.

Dikenali sebagai Akta SAVE (Stop Arduous Vaccine Enforcement), rang undang-undang itu juga akan menghalang hospital daripada mengkehendaki penderma organ untuk mendapatkan vaksinasi.

Peguam Carswell, Adam Draper dari firma undang-undang North Carolina Drager & Wagner, memberitahu The Epoch Times, apa yang luar biasa tentang kes Carwell ialah kebimbangan utamanya bukan tentang menyelamatkan nyawanya sendiri, tetapi mencegah hospital daripada melakukan tindakan yang sama kepada orang lain.

“Dia seorang lelaki yang baik, dia tidak layak diserang dengan kecaman dan kejian,” kata Draper kepada The Epoch Times.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI